Sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar seksi, nampaknya nama pelakon dan model, Amelia Henderson sekali lagi menjadi bualan apabila berkongsikan gambarnya dengan mengenakan baju dalam berwarna pink.

Difahamkan foto tersebut tersebut dimuat naik untuk mempromosikan jenama pakaian dalam antarabangsa. Seperti sudah dijangka, gambar tersebut dihujani dengan komen nakal dan berbaur lucah.

Melihatkan banyak komen berbaur lucah terutama daripada netizen lelaki, ada segelintir wanita mengatakan sikap lelaki Malaysia sangat memalukan. Tidak kurang juga ada yang berpendapat pelakon itu tidak sepatutnya memuat naik gambar tersebut untuk tatapan umum.

Ini bukan kali pertama gambar Amelia berkongsikan gambarnya berpakain seksi. Terdahulu, Amelia dikecam teruk oleh netizen gara-gara memuat naik gambar panas dengan hanya mengenakan singlet hitam sempena menyambut hari kelahirannya yang ke-23.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *