Sejak mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan beliau dari Australia, Raja Ilya mengakui yang kehidupan beliau kini lebih bahagia dan bermakna. Kehadiran seorang lelaki bergelar suami juga banyak mengubah dirinya.

Raja Ilya dan suaminya, Trent Garrett disatukan di kediaman saudara jejaka itu di Pert, Australia dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sekitar Disember lalu.

“Alhamdulillah, berbanding dulu saya lebih selesa bersendirian, tetapi sekarang suami ada di sisi untuk menemani. Setiap kali ada masa terluang, banyak aktiviti yang kami lakukan bersama”

“Terasa hidup ini semakin lengkap kerana Trent tidak hanya menjadi suami, sebaliknya dia juga sahabat yang menemani ketika suka dan duka. Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang. Trent membuat saya sangat bahagia melalui alam rumah tangga,” katanya.

Raja Ilya turut bersyukur dengan penerimaan peminat terhadap dirinya yang kini sudah berumahtangga lebih lebih lagi kepada mereka yang sentiasa mendoakan kebahagian dirinya.

Pelakon ini juga berkata beliau kini masih aktif berlakon tetapi perlu membahagikan masa untuk suaminya menjalankan perniagaan di Australia.

“Saya perlu membahagikan masa untuk bersama suami jika dia mempunyai urusan perniagaan di Australia. Setakat ini, semua perancangan berjalan seperti biasa,” tambahnya. (rtky/m)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *