Baru-baru ini, berlangsungnya majlis resepsi kelima pasangan sensasi pelakon Elfira Loy dan suaminya Faris Khairol Anuar yang diadakan di Melaka bertemakan ala kampung. Difahamkan, majlis tersebut diadakan diatas permintaan daripada nenek Faris.

Majlis tersebut didadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik memakai busana biru laut dan diraikan dalam suasana meriah dengan paluan kompang, pulut kuning dan joget lambak.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah rata-rata peminat Elfira memberikan komen mengenai perubahan Elfira yang dikatakan semakin berisi. Malah ada dikalangan peminat membuat spekulasi mungkin pelakon itu kini berbadan dua.

Peminat juga mengatakan seperti kelihatan ‘baby bump’ dan selempang yang dipakainya seolah menutupi bahagian perutnya.

Di ruangan komen, penuh ucapan tahniah membanjiri akaun media sosial pelakon itu yang menganggap Elfira kini sedang hamil. Jika benar berita, pasti gembira peminat Elfira semua dan ramai tidak sabar menantikan Elfira Junior.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *