Meskipun sudah mempunyai dua orang cahaya mata, namun Fasha Sandha masih lagi kekal jelita seperti anak dara. Sejak bergelar tunang kepada pelakon Aidil Aziz, semakin berseri-seri wajah Fasha Sandha. Bukan itu saja, Fasha juga kelihatan semakin langsing.

Baru-baru ini Fasha ada berkongsikan gambar ekor kucing menunjukkan lambang status seorang wanita yang melalui empat fasa kehidupan iaitu ketika gadis, setelah berkahwin, apabila mempunyai anak dan menjadi janda.

Menurut Fasha, foto tersebut jelas menunjukkan wanita yang paling comel adalah janda.

“Tiba-tiba ramai orang letak gambar ni dan jadi viral.. Ternyata kat sini yang paling comel adalah janda. Macam-mana ni?,” tulisnya.

Perkongsian Fasha mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan pendapatnya itu dan memuji kecantikan Fasha. Rata-rata netizen terutama wanita turut berasa hairan mengapa ketika bersuami serabai dan selekeh tetapi bila bergelar janda baru nak berhias.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan, ramai janda di luar sana cantik dan meletop kerana mahu membalas dendam dengan bekas suami. Namun, ada yang tidak bersetuju dengan pendapat pelakon itu dengan mengatakan ramai wanita diluar sana nak elak dari menjadi janda.

Setiap orang ada pendapat mereka masing-masing. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Fasha dan Aidil yang bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan Mac ini.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *