Penyanyi Hazama sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam atau nama sebenarnya Kam Shi Ling dengan sekali lafaz pada 15 Januari 2017 Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Difahamkan Genervie memeluk agama Islam sejak beberapa bulan lalu dengan memilih untuk mengekalkan nama asalnya.Hazama dan Genervie ini menjalinkan hubungan cinta sejak lima tahun lalu.

Bagi yang belum mengenali Genervie Kam, rupanya isteri Hazama ini bukan seorang calang-calang wanita. Jom kita lihat profil beliau!

Genervie Kam Shi Ling, lahir pada 24 Mei 1980), lebih dikenali sebagai Genervie Kam, adalah pemain violin, piano dan seorang pengarah muzik terkenal di Malaysia.

Kam memulakan pengajiannya seawal umur tiga tahun, ketika dia menerima pembelajaran piano pertama dari Sekolah Yamaha. Dengan sokongan ibunya, Penny Kam, enam tahun kemudian dia mula belajar biola dengan rakan ayahnya, Andrew Chye.

Selain dari bahasa Cina, dia juga fasih berbahasa Inggeris dan Melayu

Pendidikan awal

Pada usia dua belas tahun, Kam telah lulus dalam sijil ABRSM (Advanced Certificate Associated Board of the Royal Schools of Music) dengan kepujian. Beliau menyambung pelajaran dalam peringkat Diploma Licentiate Performer di Trinity College of Music, London ketika berusia empat belas tahun.

Kam mendaftarkan dirinya di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) dan menerima ijazahnya dalam pengarahan Muzik, yang disahkan oleh Westminster University, London.

Konsert

Kam menjadi pemain keyboard, pemain biola serta perkusi dan dia adalah ahli termuda dalam Jacky Cheung Music Odyssey 2002 (World Tour).

Konsert mega ini bermula di Australia dan meliputi lebih daripada 50 rancangan di seluruh dunia termasuk Malaysia, Singapura, China, Taiwan, Jepun, Brunei, England, AS, Kanada dan berakhir di Hong Kong.

Beliau pernah mengiringi persembahan penyanyi superstar dari Singapura, Stefanie Sun Yan Zi ketika Konsert Tour di Asia pada tahun 2004, 2005, 2006 dan 2010 di Beijing.

Persembahan

Kam sudah banyak membuat persembahan dan pertunjukan untuk rancangan televisyen, acara korporat dan persembahan peribadi.

Paling kerap mengiringi pelancaran produk antaranya untuk RTM, TV3, Ntv7, Astro, MediaCorp Singapura, Martell, Bedat & Co., TW Steel, Technomarine, Audemars Piguet , Louis Vuitton, Salvatore Ferragamo, Bernhard Lederer, Mont Blanc, Institut Simpanan Bank Dunia, BNP Paribas, Citibank, CIMB Bank, Prudential, Acer, Mild Seven, Brabus, Volvo, Lexus, BMW, Mercedes, Munchy’s, Amway, Castrol, Petronas dan Shell.

Upacara anugerah

Selain itu Kam sering dilihat muncul di kaca TV ketika mengiringi persembahagan bersama kalangan pemuzik profesional lain untuk upacara penghargaan berprestij tempatan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik (AIM ), Anugerah Radio ERA, Anugerah Bintang Popular (ABP) dan Anugerah Skrin (ASK) dari tahun 2003 dan seterusnya.

Lihat video sewaktu Genervie Kam mengiringi persembahan Dayang Nurfaizah

Instrumen

Selama dua tahun sejak 2001, Kam menggunakan biola elektrik Fender yang diberikan oleh adik bongsunya iaitu Arthur Kam yang mana pada tahun 2003 adiknya itu telah disenaraikan di Malaysia Book of Records sebagai “Individu Termuda Berjaya Menamatkan Kursus Dram Profesional “.

Anugerah

Kam telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjaya sebagai pemain violin dan piano dan juga sebagai pengarah muzik.

2011 – ICON WANITA yang dianugerahkan oleh ICON Magazine Malaysia.

2009 – Anugerah Bakat Muda oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (Anugerah Seni Negara).

2003 – Anugerah Pelajar Terbaik, Januari 2003 di ICOM.
2002 – Pemenang pertama di Grand Final Asian Beat Competition dan telah menang Anugerah pemain keyboard terbaik

1997 – Salah satu daripada enam pemain piano termuda dan paling berbakat yang dipilih bersama dengan lima pemain piano muda antarabangsa dalam Konsert Antarabangsa.

1993-1995 – Bakatnya juga membawa dia ke Eropah di mana beliau menyertai Pertandingan Piano Antarabangsa di Ústí nad Labem di Republik Czech pada tahun 1993

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar & wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *