HUBUNGAN antara dua pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson nampaknya semakin memasuki fasa serius.

Sering menghabiskan masa bersama, Aiman dan Zahirah kini membintangi drama bersiri yang bakal disiarkan di Astro, Curi Curi Cinta.

Bersempena hari lahir Zahirah yang disambut pada 1 Februari lalu, Aiman membawa aktres berdarah kacukan itu untuk merasai pengalaman menaiki belon udara panas di Laos.

Aiman berkongsi perkara terbabit bersama beberapa keping foto di laman Instagram miliknya.

“When fine dining and cake became too boring. Happiest 24th birthday @zahirahmacwilson,” tulis Aiman.

Zahirah turut memuat naik beberapa foto di laman Instagram dan menganggap Aiman sebagai hadiah hari kelahirannya.

Thank you love. Thank you for showing me the finer things in life & for being all I could ever ask for.

“Best birthday ever, and you are the gift. I pray that this year is our year,” tulis Zahirah.

Aiman dan Zahirah mula rapat semenjak beberapa bulan lalu dan ramai peminat menganggap mereka aebagai pasangan yang sama cantik sama padan.

Apatah lagi ketika ini pasangan tersebut sedang sibuk melakukan penggambaraan menerusi drama Curi-Curi Cinta yang akan ditayangkan di Astro Ria.

Terbaru, aktres berusia 25 tahun itu memuat naik gambar dirinya di laman sosial Instagram berkongsi penampilan memakai hijab yang membawa watak sebagai Intan Raihana.

Rata Netizen beri komen positif:

wow..cair wei

MasyaAllah ❤️

Serius comel dan cantik bila kak zahirah pakai tudung❤️❤️❤️

Gambar cantik zahirah bertudung

Sumber : astro awani dan ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *