Bayi perempuan kacukan Malaysia dan Sweden yang pernah mencairkan hati majoriti individu di seluruh dunia suatu ketika dahulu kini membesar menjadi anak gadis yang begitu cantik!

Dhuhaa Sophea Stumbrys dilahirkan pada tahun 2016 merupakan cahaya mata kepada bapanya, yang merupakan seorang warga kelahiran Sweden dan ibunya yang merupakan orang Malaysia.

Sejak Sophea lahir, ibunya memang kerap berkongsi gambar dan videonya yang comel di Instagram dan ia terus menarik perhatian orang ramai.

Kesemua daripada mereka tertarik dengan kecomelan Sophea. Ia memang tidak dapat disangkal lagi.

Sophea dikurniakan dengan sepasang mata galak yang cantik dan bulu mata yang panjang menjadikannya kelihatan seperti anak patung

Ketika umurnya baru sebulan, kecomelan Sophea sudah pun terserlah

Dia juga membesar dengan senyuman yang begitu ayu

Sophea kini menetap di Sweden sudah tentu mewarisi gen terbaik daripada ibu dan bapanya yang sememangnya menawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *