Berambut pendek dan tegas dalam drama popular Leftenan Zana, sememangnya membuatkan penonton benar-benar terkesan dengan watak Leftenan Razlina yang dibawakan oleh pelakon Tunku Hanis.

Namun rupanya selepas berakhirnya penggambaran drama tersebut, Tunku Hanis telah mengambil keputusan untuk memakai hijab sepenuhnya.

Penampilan terbaru gadis 28 tahun itu, telah mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat semakin ayu bertudung berbanding penampilannya dalam drama Leftenan Zana yang kasar dan berambut pendek.

Dalam drama Leftenan Zana…

Kagum dengan watak Leftenan Raz ni!

Delete semua gambar free hair!

Sejak Tunku Hanis mengambil keputusan untuk berhijrah, dia dilihat telah memadamkan kesemua fotonya yang tidak bertudung di laman Instagram, seterusnya membuktikan bahawa dia benar-benar istiqamah dalam penghijrahannya.

Tahniah Tunku Hanis!

Ayu dan manis bertudung, tak macam dalam drama..

Kawan baik kepada pelakon sensasi Fatiya Latiff ini, turut mendapat sokongan beberapa rakan selebriti yang mendoakan semoga pelakon itu sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya.

Gaya sopan dan ayu di sebalik watak Leftenan Raz menjadi pujian ramai.

Ayu sungguh

Komen Netizen:

Aminnn ya mujib.. Mulut manusia mmg ssh nk tutup .. Harap semua baik2 aje.. 😊

Suka sgt kk berlakon,,,n sy mengakui kagum tgk akak sekarang…moga terus istaqamah n sy doakan moga kk berada dlm rahmat Allah sllu hndaknya

Yes!! Dat is what we call hijrah 👏. Delete semua gmbr dlu. Tahniah @tunkuhanis. Smga terus istiqomah dan mendapat keberkatan dr Allah sllu. Aamiin

Sumber : Instagram Tunku Hanis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *