Kebiasaannya bila nampak wanita cantik dan menawan mesti kita anggap dia seorang model. Anda pasti terkejut kerana wanita yang mendapat gelaran Kim Kardashian Mexico ini adalah ketua kumpulan gangster paling popular di Mexico, Los Ántrax iaitu kumpulan pembu nuh upahan elit yang diupah pengedar da dah Sinaloa.

Sinaloa adalah salah satu pengedar dadah terbesar di Mexico. Menurut FBI, ia adalah organisasi perdagangan da dah paling kuat di dunia dan dipercayai bertanggungjawab atas sebahagian besar penyeludupan heroin di Amerika Syarikat.

Claudia Ochoa Felix, 29, dilihat sering menunjukkan kecantikannya di laman sosial serta muat naik gambarnya bersama kereta mewah, wang ringgit, rumah agam dan juga senjata. Beliau yang juga ibu kepada 3 anak, sering memuat naik gambar ketika meluangkan masa bersama.

Selain sentiasa mempunyai senjata peribadinya ke mana sahaja beliau pergi, Claudia juga akan diiringi beberapa pengawal peribadi bersenjata api setiap masa. Antara senjata yang sering dilihat bersama Claudia adalah AK-47.

Wanita yang sering mempamerkan gaya hidup mewahnya di media sosial ini terkenal dengan beberapa gelaran. Antaranya adalah, ‘Wanita Paling Bahaya di Dunia’, ‘Ketua Mafia Paling Seksi’ dan ‘Kim Kardashian Mexico’.

Dengan hidup yang dikelilingi alkohol, dadah, pembunuhan, keganasan dan senjata api, Claudia tidak pernah melarikan diri atau bersembunyi walaupun menjadi sasaran dan diancam pihak polis tempatan.

Dia sering dilihat berhibur di tempat-tempat hiburan malam di Mazatlan, Culiacan, dan Guadalajara. Ditemani pengawal peribadi bersenjata api lah of course!

Wahhh! Muka cantik menawan, rupanya hidup penuh dengan kegiatan jenayah.

SUMBER:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *