Captain Marvel berjaya ‘goncang’ dunia, empat hari ditayang sudah raih RM1.84 bilion
FILEM super hero terbaharu keluaran Studio Marvel, Captain Marvel berjaya mencatat kutipan tertinggi berjumlah AS$455 bilion (RM1.84 bilion) di seluruh dunia selepas hanya empat hari ditayangkan.

Di Amerika Syarikat pula filem itu telah meraih kutipan RM626 juta dan kutipan global sebanyak RM1.23 bilion melebihi kos pembikinan filem tersebut yang menelan belanja dianggarkan sebanyak RM621 juta.

Filem ini di pertontonkan di seluruh dunia minggu ini kecuali Jepun, berjaya menduduki tangga ke enam di peringkat global pada hari pertama tayangan dan mencatat kutipan kedua tertinggi pada hujung minggu bagi rangkaian filem adiwira Avengers.

Pelancaran filem itu di peringkat global merupakan 32 peratus lebih tinggi berbanding filem Black Panther.

Menurut pengurus edaran Disney Marvel Cinematic Universe, Cathleen Taff kejayaan kutipan global ini adalah hasil dari peminat setia Marvel yang tidak mahu ketinggalan untuk menonton filem tersebut.

Captain Marvel merupakan filem superhero wanita pertama oleh Marvel Studios dengan sentuhan pengarah tersohor Anna Boden dan Ryan Fleck yang ditayangkan pada 8 Mac 2019 menampilkan Brie Larson sebagai peneraju utama.

Ia mengisahkan tentang seorang wanita perkasa dengan kuasa luar biasa, Carol Danvers, mengetuai barisan hadapan dalam petempuran galaksi sebelum Danvers ke bumi apabila galaksi itu diserang secara tiba-tiba..

Ketika itulah Danvers bertemu dengan penyiasat Nick Fury yang mengingatkan beliau tentang masa lampau yang telah dilupakannya.

Hasrat untuk melihat rakyat Malaysia pertama berlakon di dalam filem Marvel nampaknya tidak kesampaian kerana Raja Ilya telah mengumumkan untuk tidak meneruskan sesi pemilihan pelakon filem adiwira itu.

5 Sebab Raja Ilya Tolak Tawaran

Berita itu ternyata mengecewakan ramai peminat kerana seperti sedia maklum, Marvel begitu terkenal dan setiap filemnya pasti ditunggu-tunggu ramai.

Raja Ilya menolak tawaran tersebut kerana merasakan syarat yang ditetapkan studio terbitan tidak sesuai dengan dirinya.Pasti ramai yang ingin mengetahui apakah sebab beliau menolak tawaran ini bukan?

Ini antara sebab kemungkinan pelakon cantik ini tidak meneruskannya.

#1. Jadual Yang Terlalu Ketat

Mungkin ya dan mungkin tidak! Alasan kami komitmen untuk filem ini haruslah diberikan sepenuhnya. Memandangkan filem ini bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi, dan barang kali pada April seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

Dan pada Mei umat Islam akan berpuasa dan seterusnya meraikan Aidilfitri, sudah pasti bakal menjadi kekangan buat Ilya.

#2. Adegan Berciium?

Hampir setiap filem Hollywood akan memaparkan adegan bercium mahupun di raanjang. Melihatkan komen Ilya mengenai faktor utama beliau menolak adalah kerana syarat yang ditetapkan Marvel, kami tidak tolak kemungkinan bahawa antara syaratnya itu adalah ‘bersedia’ untuk melakukan adegan ini.

#3. Berpakaian Terlalu Sek$i

Selain adegan berciium dan juga di ranjaang, berpakaian seksi juga barangkali antara syaratnya. Lihat saja watak Wonder Woman yang dilakonkan oleh Gal Gadot. Sek$ibukan?

#4. Watak Yang Tidak Sesuai?

Berkemungkinan watak yang diterima juga adalah tidak sesuai. Segalanya adalah ‘mungkin’ kerana seperti yang kita ketahui Marvel begitu memilih pelakon – pelakonnya begitu juga dengan Ilya sendiri.

#5. Perubahan Diri Yang Ketara

Bukanlah untuk mendakwa mana-mana pihak, namun keberangkalian Ilya terpaksa membuat pembedahan plastik bagi menepati ciri yang diinginkan juga adalah faktor utama mengapa beliau menolak untuk berlakon.

Setelah Captain Marvel Ditayangkan, Rvpanya Ini Sebab Kenapa Raja Ilya Tolak Tawaran Membintangi Filem Itu

Marvel tidak pernah memaksa pelakon – pelakon untuk berbuat demikian, namun untuk mencapai ‘kuota’ yang diinginkan siapa sahaja yang tidak mahu berkorban bukan?

Apa pun ini hanyalah tafsiran Hangat.com sahaja. Walaupun tidak akan berlakon dalam francais filem itu, Ilya khabarnya telah menerima tawaran berlakon dalam filem Hollywood. Nantikan pengumuman rasmi dari pelakon ini!

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *