Cantik seperti anak patung dan rambut panjang bak ‘Rapunzel’, netizen terpukau dengan kecantikan Hannah Delisha
Akstres dan model jelita, Hannah Delisha kini menjadi tumpuan dalam industri hiburan dek kerana kecantikan wajahnya persis anak patung.

Beliau yang mempunyai darah kacukan Inggeris-Melayu (bapa England dan ibunya Melayu Singapura) mula dikenali apabila memegang watak sebagai Aira Qaisara dalam sebuah drama ‘Mencintaimu Mr.Photographer’ bersama pelakon hero, Syafiq Qyle.

Wajah Terkini :

Dikenali sebagai ‘barbie doll’ Malaysia, Hannah yang kini berusia 22 tahun telah menjadi perhatian netizen kerana gambar yang dimuat naik sering mendapat ratusan ribu likes.

Bukan hanya raut wajahnya yang manis dan cantik, Hannah juga telah menarik perhatian netizen kerana memiliki rambut hitam yang panjang seperti watak animasi kartun Rapunzel.

Menurut Hannah, beliau tampil selesa dengan gaya rambut berwarna hitam dan tidak mahu mewarnakannya kerana ingin tampil seperti wanita Asia ‘sejati’.

Rata-rata netizen telah memuji kecantikan semulajadi rambut Hannah.

Pelakon yang memiliki full package ini pernah digosipkan menjalinkan hubungan ‘cinta set’ bersama Syafiq Qyle ketika sesi penggambaran Mencintaimu Mr. Photographer pada satu ketika dulu.

Namun, beliau menepis gosip itu dan menegaskan bahawa mereka sekadar berkawan dan menjalinkan cinta hanya dalam drama tersebut sahaja dan tidak lebih dari itu.

Bukan itu sahaja, suaranya Barbie Doll Malaysia ni merdu juga taw.. nah video lagu cover sesungguhnya dari Hannah Delisha dengan Aziz Harun

Sumber. :dukulangsat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *