Pelakon Atikah Suhaime mengakui, sebagai wanita dia berasa kecewa apabila majlis perkahwinannya dengan penyanyi Awi Rafael dibatalkan, hanya beberapa hari sebelum ia sepatutnya berlangsung Ahad ini.

Bagaimanapun Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime berkata, dia akur dengan keputusan itu atas permintaan keluarga.

” Sebagai seorang perempuan biarlah pihak lelaki yang memberi jawapan dahulu. Saya hanya boleh katakan kami tiada jodoh untuk bersama.

” Saya akur dengan keputusan keluarga dan saya amat menghormati Awi dan keluarganya,” ujarnya aktres berusia 28 tahun itu kepada mStar Online.

Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.

Pada pagi Khamis, Awi menerusi Instagramnya mengumumkan telah menarik diri daripada majlis perkahwinan mereka atas sebab tertentu.

Atikah minta diberikan ruang
Dalam pada itu Atikah berkata, dia meminta ruang dan akan menjelaskan perkara yang berlaku bila sudah bersedia.

” Saya minta maaf. Saya akan keluarkan kenyataan bila saya sudah bersedia. Saya berharap semua peminat dan rakan media serta rakan industri memahami situasi saya sekarang.

” Saya juga berharap diberi sedikit ruang dan waktu untuk saya ketika ini. Doakan yang terbaik buat saya,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi kenyataan pihak Warner Music Malaysia mewakili Awi memohon maaf kepada semua pihak termasuk media dan meminta supaya memberi ruang serta masa kepada penyanyi berkenaan yang kini berada di Singapura bersama keluarganya.

Majlis pernikahan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini di Singapura dibatalkan secara tiba-tiba.

Awi, 33, menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu dia sudah mencuba yang terbaik terhadap bekas tunangnya serta keluarga untuk persediaan majlis tersebut.

Niat bawa Atikah ke jalan Allah
Menurut Awi, dia membuat keputusan untuk bertunang tahun lalu kerana berniat membawa pelakon itu ke jalan Allah.

Bagaimanapun, Awi menganggap dugaan baru itu terlalu berat buatnya memandangkan dia masih mempunyai ibu serta perlu menjaga maruah keluarga.

” Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia dan Awi sekeluarga sudah pun bersedia untuk Ahad ni.

” Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakal dan terus tunang sejak tahun lalu.

“Namun Awi juga mempunyai ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahla, Awi pun tak ingin buka aib sesiapa,” katanya.

Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.

Buat keputusan lepas solat istiqarah
Dalam pada itu, Awi beranggapan apa yang terjadi merupakan jawapan saat akhir untuk solat istikarah yang dilakukannya.

Menurut Awi, dia akan membayar semula tiket penerbangan ke Singapura dan sebagainya yang telah ditempah ahli keluarga terdekat.

Malah, Awi turut akan menghubungi pihak penaja perkahwinannya untuk didermakan kepada rumah kebajikan kanak-kanak.

” Jodoh di tangan Tuhan dan mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa sokong dan sayang.

” Jangan risau saya akan bayar balik semua yang sudah membeli tiket penerbangan dan sebagainya. Terima kasih untuk hubungi saya.

” Kepada penaja untuk kad perkahwinan, kek dan makanan serta sebagainya, jangan risau saya akan hubungi anda juga. Kita boleh berikan kepada rumah kebajikan kanak-kanak,” ujarnya.

Lihat video di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *