Orang ramai dan pengguna jalan raya di Jalan Imbi, Bukit Bintang gempar pagi tadi apabila seorang individu dipercayai ‘mak ny4h’ berjalan melakukan tarian seperti model dalam keadaan bogel.

Insiden itu sempat dirakamkan oleh netizen yang melihat aksi individu tersebut menimbulkan ‘gempar’ dalam kalangan pengguna jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi itu.

Individu berkenaan tanpa segan silu melakukan aksi seperti sedang berjalan di atas karpet merah persis model yang sedang berjalan dalam pertunjukkan.

Dalam kejadian jam 11.15 itu, mak ny4h warga Filipina berkenaan dikatakan berlari dan berjalan di lokasi terbabit tanpa seurat benang.

Malah, menerusi gambar yang dikongsikan netizen, individu yang dipercayai warga Filipina turut bertindak berani memanjat kereta pengguna jalan raya tanpa rasa bersalah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superitendan Rudy Abdullah,pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang ramai.

Beliau mengesahkan bahawa ‘mak ny4h’ berkenaan dikatakan kurang siuman dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan rawatan.

“ Kejadian difahamkan berlaku jam 11.15 pagi tadi. Berdasarkan maklumat yang diterima, mak ny4h berkenaan dikatakan kurang siuman.

Video kejadian turut tular di laman sosial sejak tengah hari tadi.

Malah, dia turut dilihat menari sambil memegang kemaluan dan cuba melintas jalan di lokasi berkenaan. Dia kemudian bertindak berdiri di atas sebuah kereta yang berhenti berhampiran lampu isyarat.

Gelagat mak ny4h berkenaan menyebabkan ada di antara pengguna jalan raya membunyikan hon kenderaan mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : astroawani dan hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *