Pelakon Norish Karman hari ini, meluahkan rasa kesal terhadap segelintir kaum lelaki yang sanggup membatalkan perkahwinan gara-gara kisah silam wanita yang mahu dinikahinya.

Luahan ini telah dikongsikan menerusi akaun instagram Norish di IG stories dan dilihat ada menyebut nama Awi Rafael yang sedang hangat dengan kontroversi membatalkan perkahwinan di saat-saat akhir.

Menurut Norish, sebagai seorang lelaki dan bakal bergelar suami, seharusnya lebih bersedia untuk memegang peranan penting membimbing keluarga ke jalan yang betul dan bertanggungjawab atas apa sahaja tingkah laku bakal isteri dan anak-anak.

“Lelaki adalah Khalifah membimbing wanita juga anak-anak. Hanya yang lemah dan dayus mengharap kesempurnaan dari wanita yang dicipta dari rusuk lelaki. When Allah swt sent a woman to a man, it is only for him to guide to build to love and care for her. Kesempurnaan tak akan dikecapi dalam manusia.” – tulisnya di Instagram

Tambahnya lagi, seharusnya bagi seorang lelaki yang mahu berkahwin, sepatutnya jangan biarkan hidup ini dihantui oleh kenangan silam bakal isteri. Jangan disebabkan peristiwa silam itu membuatkan seseorang lelaki itu sanggup membatalkan perkahwinan.

“Suatu hari nanti kita akan menyesal kerana menghukum manusia atas masa lampau manusia lain, janganlah kita manusia jadi Tuhan mahupun Malaikat”-katanya

Bersetuju dengan kenyataan Norish, bagi penulis, yang lepas, biarkan lepas kerana tidak akan dapat mengubah apa pun. Fokus apa yang ada di hadapan kita. Pastikan apa yang kita lakukan adalah yang terbaik buat diri kita.

Sumber:hangat.com TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *