Trump, Ratu Elizabeth kutuk serangan masjid di New Zealand

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengutuk serangan dan pembonuhan beramai-ramai di dua masjid di New Zealand, ketika solat Jumaat hari ini, sehingga meng0rbankan 49 orang.

Suspek utama, seorang lelaki kelahiran Australia berusia 28 tahun, didakwa menerbitkan ‘manifesto’ perkauman di media sosial sebelum melakukan ser4ngan itu.

“Saya amat bersimpati kepada rakyat New Zealand, susulan ser4ngan kej4m di dua masjid itu. Seramai 49 orang meningal dunia dalam keadaan yang tidak boleh diterima dengan ramai m4ngsa lain cedera.

“Amerika Syarikat bersama New Zealand memberi sokongan dalam semua bentuk yang diperlukan. Semoga Tuhan merahmaati semua!” kata Trump di Twitter.

Dalam pada itu di London, Ratu Elizabeth II berkata, beliau amat sedih dengan serangan itu.

“Saya amat sedih dengan kejadian di Chritchurch hari ini. Dalam waktu tragik sebegini, saya mendoakan semua rakyat New Zealand.

“Saya dan Putera Philip mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan m4ngsa yang meningal dunia,” katanya.

Ratu Elizabeth, 92, adalah pemerintah diraja tertua dan paling lama berkhidmat di dunia, beliau adalah ratu kepada 15 negara selain Britain termasuk Australia, Kanada dan New Zealand.

Kali terakhir beliau berkunjung ke New Zealand pada 2002 sempena sebahagian sambutan pemerintahannya yang ke-50.

Reaksi Tun M

KEGANAASAN tidak mempunyai sempadan dan tiada jaminan keganaasan tidak akan berlaku di negara ini atau di tempat lain kerana kumpulan yang terbabit boleh menyerang bila-bila masa.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia bertuah kerana mempunyai pasukan perisik yang mantap dan mengetahui setiap tindak-tanduk pengganaas.

“Tiada jaminan keganaasan tidak berlaku di negara ini tetapi Malaysia bertuah kerana mempunyai pasukan risikan yang bagus.

Tidak mahu berdiam diri, ini kata-kata Tun Mahathir yang di tunggu seluruh dunia Islam

“Mereka (perisik) tahu siapa pengganaas dan pergerakan mereka (penggaanas). Kita juga sudah menahan sebahagian daripada kumpulan terbabit dan mendidik mereka semula,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan kad keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada lapan wakil rakyat Sabah di Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir berkata, cara terbaik untuk melawan kegaanasan adalah dengan mengetahui punca keganaasan itu berlaku.

“Saya sebenarnya sudah menulis surat kepada Perdana Menteri England bahawa kita tidak boleh lawan keganaasan seperti perang konvensional,” katanya.

Dr Mahathir mengulas insiden keganaasan terhadap jemaah di dua masjid di Christcurch, New Zealand, pada jam 1.40 tengah hari tadi (waktu tempatan).

Terdahulu, Dr Mahathir, dalam hantaran di laman Facebook beliau menyatakan amat kesal dengan serangan kej4m pengg4nas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand itu.

“Kami berharap kerajaan New Zealand akan menngkap para pengg4nas itu dan mengambil tindakan yang perlu mengikut undang-undang negara itu,” katanya.

“Kami amat dukacita dan simpati dengan mangs4 dan keluarga yang terlibat dalam kejadian itu,” kata Dr Mahathir dalam hantaran laman Facebook beliau hari ini.

Dr Mahathir berkata kerajaan akan mengambil segala langkah yang boleh diambil bagi memastikan rakyat Malaysia di New Zealand selamat.

Dua rakyat Malaysia ceder4 dalam kejadian tembakan di Masjid Al-Nuor dan Masjid Linw0od itu dan mereka kini dirawat di hospital.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataannya berkata Malaysia mengtuk sekeras-kerasnya serangan keg4nasan yang tidak berperikemanusiaan ke atas orang awam yang tidak bersalah itu.

Ia berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sentiasa berhubungan dengan rakyat Malaysia di Christchurch dan memantau rapi keadaan itu.

Dalam kejadian berkenaan, 49 m4ut manakala lebih 20 lagi c3dera apabila seorang pen3mbak melepaskan temb4kan rambang di dua masjid yang penuh sesak menjelang solat Jumaat.

Sementara itu, mengenai lawatan beliau ke kawasan kejadian pembuangan sisa t0ksik di Pasir Gudang, Johor, Dr Mahathir berkata, beliau berpuas hati dengan pengendalian yang dilakukan di sana.

“Secara keseluruhannya saya menganggap kerja pengendalian di sana sangat baik dan tidak ada sebab untuk umumkan sebarang kecemasan,” katanya.

Sumber dari Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *