RAKYAT Malaysia, Rahimi Ahmad yang dikatakan hilang selepas terlibat dalam insi-den tem-bakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat.

Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kece-deraan selepas berpura-pura m4ti ketika pengg-anas melepaskan temb-akan di dalam ruang Masjid Al Noor.

“Rahimi terced-era tetapi dia berpura-pura m4ti,” kata rakannya.

Terdahulu, isteri Rahimi yang hanya dikenali sebagai Azila berkata kepada media tempatan bahawa kelibat Rahimi tidak kelihatan susulan tragedi.

Rahimi yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama keluarganya telah menetap di Christchurch selama lima tahun.

Tragedi solat Jumaat: “Saya hanya mampu berdoa semoga suami saya selamat”

Tragedi solat Jumaat : Rakyat Malaysia, Rahimi selamat selepas berpura-pura m4ti
SEPERTI minggu-minggu sebelum ini, Rahimi Ahmad tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor di Deans Avenune, Christchurch, New Zealand.

Rahimi, 39, juga sering ditemani anak lelakinya yang berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, kunjungan Rahimi ke masjid berkenaan hari ini tidak sama seperti kebiasaannya.

Kelibat Rahimi tidak lagi kelihatan ekoran tragedi solat Jumaat yang tercetus di masjid berkenaan angkara pengg-anas.

Rahimi, warganegara Malaysia yang bertugas di negara itu tidak dapat dikesan.

Namun, anaknya yang berada di luar masjid telah dibawa oleh orang awam untuk disela-matkan.

Bagi isteri Rahimi, dia benar-benar buntu, resah dan tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan kebimbangan yang bersarang di hati selepas mendapat berita meng-ejutkan itu.

Dikenali sebagai Azila, apa yang diharapkan wanita itu ialah suaminya selamat.

“Saya hanya mampu menunggu dan berdoa supaya Rahimi dapat menghubungi kita,” kata Azila seperti dilapor portal NZHerald.

“Rahimi ada bawa telefon bimbitnya jadi saya pasti dia akan dapat menghubungi kita dalam masa singkat tetapi buat masa ini, kita tidak tahu apa yang berlaku kepadanya,” sambung Azila lagi.

Rahimi yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama keluarganya telah menetap di Christch-urch selama lima tahun.

Motif sebenar mengapa lelaki ini meny erang masjid di dedahkan
CHRISTCHURCH: Seorang lelaki yang dipercayai penyer4ng di dua buah masjid di bandar ini memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Dua buah masjid yang menjadi sasaran tersebut adalah Masjid Al Noor di Deans Ave dan Linwood Masjid di Linwood Ave.

Sebelum masuk ke masjid dan melepaskan temb4kan terhadap jemaah yang sedang bersolat jumaat, penyerang itu turut memandang kamera sekali gus mendedahkan wajahnya.

Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keg4nasan itu.

Memperkenalkan diri sebagai lelaki kulit putih biasa yang lahir dalam keluarga kelas pekerja dan berpendapatan rendah, suspek memberitahu dia memutuskan untuk mempertahankan masa depan orangnya.

Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kem4tian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbonuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm pada 2017.

Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan tiga bulan lalu dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch.

BBC yang memetik beberapa saksi melaporkan serangan di Masjid Al Noor itu mengakibatkan beberapa orang mengalami kecederaan.

“Pada mulanya kami menyangka ia adalah bunyi kejutan elektrik tetapi kemudiannya semua orang melarikan diri.

“Saya masih ada rakan dalam masjid tersebut. Saya takut sekiranya mereka ditemb4k,” kata saksi, Mohan Ibrahim.

Seorang lagi saksi berkata dia melihat kanak-kanak ditemb4k tanpa belas kasihan.

Menurutnya, puluhan orang dit3mbak oleh seorang lelaki yang memakai seragam tentera bertopi keledar, yang mengosongkan sekurang-kurangnya dua magazine senapang.

“Dia mempunyai senjata besar dan banyak peluru dan dia datang dan mula menembak semua orang di masjid. Mereka perlu memecahkan pintu dan kaca dari tingkap dan dari pintu kecil untuk menyelamatkan diri dan keluar,” katanya.

Makkumat awal:

Polis mengesahkan seorang lelaki ditangkap tidak lama selepas serangan itu tetapi tidak dipastikan sama ada suspek adalah lelaki dalam video berkenaan.

Maklumat setakat ini mengenai perkembangan Traagedi Solat Jumaat Christchurch, New Zealand:
Dua rakyat Malaysia, seorang bapa dan anak menjadi maangsa serangan

Bapa cedera dan berada dalam keadaan stabil, manakala anaknya yang berusia 17 belum diketahui statusnya

Insiden tembakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch

Belum ada angka kem4tian rasmi

Maklumat awal mengenai penyerang: berkulit putih, dipercayai berusia 30-an atau 40-an dan ekstr3mis berhaluan kanan

Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyifatkan situasi masih aktif dengan pihak berkuasa mengawal semua masjid

4 individu, seorang lelaki dan tiga wanita telah ditahan

PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai ‘hari paling gelap buat NZ’
Polis telah meminta pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video yang dipercayai menunjukkan salah satu penembakan dalam butiran grafik.

“Saya tak pernah menjangkakan apa-apa seperti ini berlaku di Christchurch, saya tidak pernah menjangka kejadian seperti ini berlaku di New Zealand,” katanya.

“Saya mendapat mesej dari seluruh negara, dan dari seluruh dunia, saya tahu semua orang terkejut.”

Polis berjaya kepung, heret suspek keluar dari kereta selepas kejadian tembaakan di masjid
Beberapa anggota polis yang berani dijulang sebagai wira selepas menangkap suspek sera ngan di Masjid Al Noor di Christchurch, dari keretanya selepas suspek berjaya dikepung polis.

Video yang dirakam oleh pengguna jalan raya itu menunjukkan kenderaan suspek telah dilanggar oleh kereta polis suspek telah dikepung dan diarahkan keluar dari kereta oleh seorang anggota polis sambil diawasi oleh rakan setugasnya.

Anggota terbabit membuka pintu kereta dan mengheret keluar suspek yang memakai pakaian serba hitam sebelum dipu kul.

Dalam perkembangan terkini, seorang wantia dan tiga lelaki telah ditahan susulan kejadian itu yang menyebabkan lebih 40 terbu nuh dan 20 lagi cedera.

Terdahulu, suspek warga Australia, Brenton Tarrant, 28, merakam dirinya menem bak jemaah masjid dengan senjata api yang dibawanya.

Sebelum serangan itu, Tarrant memuat naik dokumen yang mempunyai 73 muka surat yang menjelaskan manifesto berhubung tindakannya itu di Twitter dan menganggap serangan itu sebagai serangan penggaanas.

Sementara itu, polis mengarahkan penduduk di kawasan sekitar tidak keluar dari rumah masing-masing dan melaporkan sebarang insiden yang mencurigakan kepada pihak polis.

Polis juga menemui bom di dalam sebuah kereta di bandar itu tetapi pihak berkuasa telah menangani perkara tersebut.

Selain itu, umat Islam di New Zealand dinasihatkan tidak pergi ke masjid untuk hari ini.

Sumber : astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *