Pelakon dan pengacara Raja Farah Raja Aziz kini sedang sarat hamil anak keduanya.

Farah juga sempat berkongsi pengalamannya mengandungkan cahaya mata kedua hasil perkongsian dengan Iskandar Ismail.

“‘Assalammualaikum semua..Post ni sepatut nye nak buat Mlm smlm…but something else came up, so tergendala…ok here goes a little update on my pregnancy journey..

“1st of all gender baby….Mm..ada jugak yg dah teka Farah pregnant baby apa on my previous post..but….tak de yg teka betul…😬

Sbb this time ***😁

InsyaAllah,” tulis ibu kepada Imran Iskandar itu.

“2nd of all nak story sikit pasal some conditions I have to face in this pregnancy…masa pregnant 5 months, Farah kena admit di ward sbb ada gallstones dlm gallbladder..ttg yg ni, Farah akan cerita pnjg lagi dlm 1 post khas nnt..InsyaAllah..Mm..selepas 4 hari di ward, semua makin Baik..sakit perut pun dah tak de smpi skrg…syukur sgt🤲🏻

“3rd of all kedudukan baby…masa pregnant 33 minggu lebih hari tu, baby masih belum pusing kepala kebawah…tapi tak de lah merisau kan, Sbb masih ada masa utk baby pusing….tapi….Farah jadi risau balik, bila my gynae said, my amniotic fluid or air ketuban, tak cukup…dkt borderline je….jadi kemungkinan….baby susah nak pusing sendiri..

“Sbb Air ketuban tak byk…tapi Doctor tetap suruh pujuk baby utk pusing kan kepala kebawah..betul lah method tu…mmg bayi dlm rahim kita ni mendengar bila kita ckp dgn dia…so Farah selalu pujuk baby supaya pusing kebawah…termasuk lah Abg dia Imran tu..everyday akan ckp “baby….shinggg”…😊😁

so base on my 35 weeks checkup, Alhamdulillah….baby dah pusing…! Sekali lagi syukur sgt…🤲🏻

“Ttg Air ketuban pulak, so far belum ada good progress…masih di paras borderline…next check up will be next week pulak for 35 weeks pregnant…my gynae said, low amniotic fluid ni disbb kan gestational diabetes I had in this pregnancy..aih..!

“Mama suka mkn manis this time….tu yg Gula tinggi…akibat nye Air ketuban rendah…Doctor said antara, Air ketuban terlalu byk atau terlalu sikit bila Gula terlalu tinggi atau terlalu rendah…so again Farah down sikit..no more sweet foods & drinks for me…seharian minum plain water je skrg ni….sungguh terseksa rasa…😭

sbb tekak mmg nak benda2 manis…tapi kena fikir kan utk kebaikan baby…Mama kena berkorban demi baby Mama ni…InsyaAllah…pray for my strength yea everyone…to be continue,” akhiri Farah.

Menerusi perkongsian pelakon filem Aku Masih Dara itu,dia kini sedang hamil 8 bulan dan tidak sabar menanti detik manis melahirkan cahaya mata keduanya.

Raja Farah Mengandung

Berkat kesabaran dan doa kepada Allah SWT, Raja Farah sudah membuktikan beliau tidak mandul seperti yang dikatakan oleh orang ramai apabila kini sudah hamil anak pertama bersama suami Iskandar Ismail.

Menerusi portal Utusan Online, Raja Farah akui pihak yang menuduh beliau tidak mampu untuk mendapat zuriat dahulu ada yang datang meminta maaf kepada beliau. Â Namun, sejak awal lagi sebenarnya Raja Farah sudah memaafkan kesalahan mereka.

Ada yang meminta maaf kerana pernah menuduh saya macam-macam sebelum ini. Bagi saya perkara ini normal semua orang membuat kesalahan. Berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain juga. Sebab bagi saya yang melalui perkara itu, ternyata bukan mudah untuk diri ini menelan setiap pertuduhan. Kita sebagai wanita cepat sensitif dan emosi kita mudah dipengaruhi.

Raja Farah pada masa yang sama bercerita, beliau pernah merasa tertekan kerana isu berkenaan dan pernah bertanya kepada Iskandar apa yang suaminya itu akan lakukan jika beliau tidak boleh hamil.

Tidak disangka-sangka, Iskandar memberikan jawapan yang cukup positif dan Raja Farah cukup bersyukur dengan reaksi suaminya itu.

Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia akan lakukan? Sampai sebegitu sekali rasa ragu dan bimbang saya.

Ternyata saya telah mengahwini seorang lelaki yang sangat positif. Dia tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang menakutkan. Jawapannya buat saya ketika itu amat mudah dan ringkas `tidak mengapa kita terus berdoa dan berdoa. Itu sahaja.

Itulah, kadang-kadang manusia ini ingat mereka betul dalam segala hal sehingga sanggup menggelarkan seseorang itu mandul. Harapnya segala proses kehamilan Raja Farah akan berjalan dengan lancar. Kami tahu ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah comel anak Raja Farah.

Foto : IG Raja Farah via Media Hiburan/ BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *