Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, sebenarnya ada macam-macam cara dan teknik yang boleh digunakan untuk menanam pelbagai jenis pokok dan tanam-tanaman. Salah satunya teknik yang cukup terkenal dilakukan di negara Thailand iaitu semaian dengan menggunakan span basah serta rendaman dalam air untuk mengeluarkan akar.

Perkongsian oleh pengguna Facebook Lorenzo Frego Andrie Lazzaro ini boleh dijadikan panduan;

“Teknik semaian pokok cara paling mudah. Teknik sebegini terkenal di Thailand, di sana pelbagai kaedah dihasilkan untuk menanam/semaian pelbagai jenis pokok bunga/hiasan/buah-buahan,kan memudahkan kerja kita ni”

“Mai kita cuba teknik ini.Sama-sama kita kongsi ilmu yang berguna dan baik ini untuk semua”.

Bahan-Bahan:

Span bunga basah
Ubat akar/serbuk putih (Boleh di beli di pusat jualan pasu dan tanaman)
Air secukupnya
Kaedahnya:

1. Potong span ikut saiz kecil.

2. Kerat batang pokok yang sesuai untuk semaian dan celup dalam ubat akar untuk cepat tumbuh akar.

3. Cucukkan pada span tadi.

4. Rendam di dalam air.

5. Biarkan hingga dia berakar.

6. Ubah ke dalam pasu kecil.

7. Bila sudah mulai membesar ubah ke dalam polibag.

8. Pembajaan yang cukup.

9. Siap untuk di tanam ke atas tanah.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam tu, bolehlah cuba teknik mudah yang dikongsikan ini. Tak rugi berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya nanti.

Sumber: mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *