Masih ingatkah anda dulu waktu kecil terutamanya bagi budak perempuan yang diam-diam mencuba barangan kosmetik milik ibu hanya untuk berdandan dan berangan dihadapan cermin?

Sama halnya dengan Natthanan, seorang gadis cilik berasal daripada Thailand yang sangat gemar bermain bersolek seawal usianya 4 tahun. Ibunya menjadi salah seorang pendorong Natthanan untuk sentiasa memperbaiki kemahiran makeup dan memuat naik video anaknya di Facebook.

Kerana tindakan bersolek pada usia terlalu muda itu ada netizen bertindak mengecam perbuatan ibu Natthanan, bagi mereka terlalu awal untuk mengajar seorang kanak-kanak berumur 4 tahun bersolek.

Tetapi, ketika menginjak usianya 9 tahun, Natthanan sudah dikenali seantero Thailand sebagai seorang jurumekap yang sangat terkenal serta mendapat hasil pendapatan yang lumayan daripada perkhidmatan yang diberikan. Pendapatan yang diperolehi digunakan untuk membeli produk kosmetik yang berkualiti tinggi untuk memastikan hasil solekan yang bagus.

Salah seorang gurunya yang menyedari potensi Natthanan untuk berkembang lebih jauh telah menghubungi salah sebuah sekolah solekan di Amerika Syarikat bagi membolehkan Natthanan diberi peluang belajar tentang kemahiran solekan dengan lebih advance di sana.

Menjana pendapatan sebagai jurusolek artis, Natthanan berkongsi sebuah posting di laman sosial Facebook miliknya dengan meluahkan rasa syukur atas semua sokongan dan doa orang ramai.

Umur 3 tahun dah start kerja, ‘budak’ ini berjaya beli BMW sempena hari lahir!

Tidak hanya sampai disitu, tuah Natthanan telah menjadikan gadis ini menjadi salah seorang penata rias wajah-wajah model diacara terbesar London iaitu di London Fashion Week. Daripada situ, dia telah mendapat perhatian media antarabangsa yang ternyata kagum dengan kebolehan bakat gadis muda ini.

Terbaru, Natthanan berkongsi rasa bahagianya apabila berjaya mendapatkan kereta idaman, sebuah BMW sebagai hadiah hari jadinya.

Memiliki dengan hasil titik peluhnya sendiri, dia akui hadiah itu sebagai menebus penat lelah sepanjang kerjayanya sebagai jurumekap diusia muda.

Umur 3 tahun dah start kerja, ‘budak’ ini berjaya beli BMW sempena hari lahir!

Justeru sempena sambutan hari lahirnya yang ke-12 tahun, dia mengambil keputusan bagi memiliki kereta mewah itu sebagai hadiah istimewa untuk kerja kerasnya selama ini.

Bertuah kau dikkk! Kecik-kecik dah mampu beli BMW. Kami ni nak beli kereta biasa pun fikir 2-3 kali tau! Tapi adik memang berbakat. Teruskan usaha!

Komen Pengguna FB

– Nt adik yg pndai makeup tu leh wat duit bntu fmily Tau…budak Thai Ni Dr kecik da practice makeup.now popular dah

– Adik yg umur 11 thun tu pe nma dia? yg ramai org kecam tu. Ni cth kalau bakat d gunakan kearah yg betul. Tk mustahil dia pn bleh buat

– Meanwhile kat Malaysia, adik IRIS yg hebat tu org duk kecam. Macamana laa nak maju org kita.

– Aku kerja pi mai pi mai tang tu pun kereta tak mampu nak miliki lagi adik oiii. Hang 10tahun dah lepas BMW dah. Rezeki hang la adik. Dear myself,
don’t give up!

Sumber : SiakapKeli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *