Peminat drama tempatan pasti teruja setiap kali menonton drama Nur 2 kerana mempunyai jalan cerita penuh emosi terutama apabila melibatkan watak Nur (Amyra Rosli) dan Ustaz Hamadi (Azhan Rani).

Dek kerana tidak berani bersuara walaupun sering dikacau Ustaz, watak wanita muda itu membuatkan perasaan penonton berasa geram dengan setiap tindakan yang dilakukannya.

Baru-baru ini menerusi sebuah episod, terdapat satu babak dimana Ustaz cuba mengambil kesempatan untuk memeluk Nur di dapur.

Tindakan Nur yang sekadar hanya menampar Ustaz dan meminta tolong suaminya tidak boleh diterima penonton yang menyifatkan wanita itu terlalu naif.

Tau la duta Baskin-Robbins! Tak payah jadi benak

Berlagak ustaz tapi nak memeluk

Rata-rata penonton lain turut meluahkan perasaan sama dimana mereka hilang sabar apabila Nur berhadapan dengan situasi digodai Ustaz kerana masih berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

Hilang sabar tengok Nur ni

Susah sangat ke nak bagitahu?

Penat maki hamun depan TV

Memang bebal pun Nur ni. Bisu ke?

Selain mereka berdua, drama arahan Shahrulezad Mohamed itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azar Azmi dan Raja Atiq

Sumber : Twitter via oh my media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *