Berikutan kisah menyayat hati adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut, ramai individu berhasrat ingin membantu setelah menjadi tular di laman media sosial.

Usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri antara individu prihatin yang tampil menghulurkan bantuan kepada berusia bayi lapan bulan berkenaan.

Jangan kata aku menunjuk pulak!
Terbaru, pengasas produk D’Herbs tersebut melakukan lawatan untuk mengunjungi bayi itu di sebuah hospital di Melaka bagi memberikan cek sumbangan yang sudah tentunya meringankan beban keluarga Ainul.

Menerusi laman Instagram miliknya, Aliff berharap sumbangan yang diberikan dapat menghilangkan kesengsaraan yang dihadapi Ainul menerusi rawatan pembedahan.

“Semoga dengan sumbangan hasil perniagaan saya selama ini dapat meringankan beban adik ini dan sama2 kita doakan yang terbaik.
“Saya sendiri tak sanggup melihat kesakitan adik ni.. Sampai hati saya ngilu sebab terlalu sedih yang sukar digambarkan,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi seminit itu mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen dimana ramai individu yang turut mengaminkan doa supaya adik Ainul segera sembuh daripada penyakit berkenaan.

Niat suci Dato untuk bantu

Semoga ada keajaiban untuk sembuh

Sedihnya tengok!

Setiap kali tengok mesti meleleh air mata

Murah rezeki Dato tolong mereka

Hanya Allah dapat balas budi Dato

Sumber : Aliff Syukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *