Cukup sayu mendengar kisah kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Abdullah yang telah meninggal dunia akibat kekejaman yang berlaku di Syria.

Peninggalan sebuah kereta mainan yang turut rosak membuatkan hati Heliza Helmi yang turut berada di sana untuk misi kemanusiaan hancur.

“Walaupun kita tak kenal adik ini, tapi bila kita pegang kita dapat rasa.

“Seorang anak kecil baru ingin mengenal dunia. Allah pinjamkan adik ini lebih kurang 7 tahun bersama ahli keluarganya.

“Budak kecik, tak ada dosa. Kekejaman orang yang tidak berperikemanusiaan

“Kita kena sama-sama doa dan yang paling penting, apa yang kami share kepada anda. Tindakan kita untuk viralkan sebanyak yang mungkin dana untuk mereka survive.

“Mereka terpaksa makan kotak, rumput, anjing, kucing. Mereka pun manusia macam kita juga.

“Makin lama pegang makin rasa nak nangis

“And that his last moment,” ulasnya sambil memeluk mainan tersebut.

Turut tersentuh mendengar perkongsian Heliza, ulas netizen, melihatkan kereta itu sahaja sudah membuatkan mereka mengalirkan air mata.

Menurut perkongsian sebelumnya, anak syurga ini sedang bermain di luar rumah sebelum di bom.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata kita untuk sama-sama membantu meringankan beban mangsa peperangan di Syria.

Menyorok dalam liang lahad, kami terus tawakal pada Allah

Subhanallah! Heliza kongsi detik hampir syahid dibedil peluru ketika dalam misi kemanusiaan Bedilan peluru disana sini, saban hari akan ada sahaja berita kematian dan langit sentiasa dipenuhi debuan asap akibat daripada bedilan bom, inilah yang sedang berlaku di negara Islam yang sedang ditindas.

Keadaan disana memang cukup bahaya, tapi itu bukanlah penyebab buat penyanyi dan sukarelawan Heliza Helmi untuk tidak turun ke bumi bergolak bagi menghulurkan bantuan. Kami diarahkan untuk lari sebab akan ada peluru dilepaskan Dalam satu temubual bual bersempena hari wanita, Heliza telah menceritakan detik cemas ketika melakukan aktiviti sukarelawan di bumi Palestin, apabila secara tiba-tiba mereka mendapat panggilan supaya beredar dari kawsan yang dilawati kerana satu peluru akan dilancarkan ke arah mereka.

Menyorok dalam liang lahad, kami terus tawakal pada Allah Berderaunya darah, menurut Heliza lagi dia dan aktivis lain segera melarikan dari tempat tersebut dan bersembunyi di dalam liang lahad kerana jika sampai masa sudah ada tempat untuk disemadikan. Heliza berkata, hanya tawakal dan berserah kepada Allah kerana jika mereka terus lari menggunakan kenderaan mudah untuk mereka menjadi sasaran peluru.

Allahu, meremang dan bergetar jiwa mendengar kisah srikandi Islam ini yang tidak sedikit pun ada rasa gentar dalam jiwanya untuk berbuat bakti di jalan Allah. Semoga perkongsian ini mampu membuka mata dan hati supaya kita menjadi hamba yang bersyukur serta sentiasa mendoakan supaya suadara Islam kita disana mencapai keadilan kelak.

Sumber :Facebook Suria FM

Foto – Instagram Heliza Helmi

Sumber : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *