“PETANG semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap k4nser Germ Cell Tumor.

Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.

Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.

“Dalam perbualan kami, Dr Amalina minta laporan perubatan anak saya kerana akan membawa isu itu kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing.

“Menurutnya, dia akan sentiasa berhubung dengan saya.

“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan anaknya.

Selain itu, katanya, seorang doktor tempatan dari hospital swasta ada menyarankan mereka sekeluarga mengisi borang untuk mendapatkan khidmat perubatan di Amerika Syarikat (AS).

STATUS di akaun IG dramalinabakri memuat naik hasratnya membantu merawat penyakit dialami Ainul Mardhiah.
“Doktor itu beritahu saya untuk isi borang selengkapnya bagi dihantar ke Universiti Perubatan John Hopkins, Baltimore, Maryland, AS. Dia akan bantu kirimkan borang itu kepada universiti terbabit,” katanya.

Kelmarin, Dr Amalina menerusi akaun IG dramalinabakri memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.

Dalam statusnya itu, tertulis yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.

Bayangkan dengan saiznya kecil dan berat kira-kira 1.2 kilogram, anak kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi. Hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya saat melihat dia menanggung kesakitan itu.

“Bukan mudah untuk kami hadapi semua ini dan tempoh tiga bulan pertama amat mencabar buat saya dan keluarga,” katanya.

AHMAD Sufiuddin dan Nurul Erwani bersama Ainul Mardhiah ketika ditemui di Ayer Molek, Melaka, hari ini. FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER.
Menurutnya, walaupun anaknya itu dalam keadaan sakit, pergerakannya tetap aktif selain berpaling dan memberi tindak balas setiap kali namanya dipanggil.

Katanya, selagi boleh berikhtiar, mereka akan cuba lakukan yang terbaik walaupun doktor ada memberitahu keputusan CT Scan mendapati ada sel kanser baharu merebak ke otak.

“Selain itu, doktor memberitahu kanser pada mulutnya itu tidak boleh dibuang.

“Kami kini mencuba perubatan alternatif dengan menggunakan ubat memerlukan perbelanjaan tinggi selain kos peralatan menukar tiub pada leher dan minum susu.

“Untuk bekalan ubatnya selama tiga hari, saya memerlukan kira-kira RM1,000 dan baru-baru ini pernah terputus bekalan selama dua minggu kerana kekangan kewangan.

“Kos kelengkapan menukar tiub pada leher dan susu pula memerlukan kira-kira RM1,500 sebulan dan saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik anak dan kami ketika ini menjual bertih jagung ‘Pop Corn Ainul Mardhiah’ untuk mendapatkan pendapatan sampingan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

SUMBER: tvs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *