Pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim dirai dalam upacara melenggang perut mengikut adat Diraja Negeri Sembilan pada Selasa lalu.

Umum sedia maklum bahawa artis wanita berdarah kacukan itu telah berkahwin kali kedua dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada tahun 2015.

Membawa gelaran Che Puan, Sarimah yang hamil tujuh bulan itu dilihat berseri-seri ketika menyempurnakan majlis terbabit.

Sarimah berkongsi momen sepanjang majlis itu berlangsung menerusi akaun Instagram

Acara tersebut dilihat telah dilakukan dengan penuh protokol dan mengikut adat Diraja.

“We had a beautiful Lenggang Perut today and it was a lovely time with close family and friends. Thank you to my mum in law YAM Tunku Dara for organizing it and to everyone who shared this very special day with me, sayang and Tunku X!” kongsinya menerusi ruang kapsyen.

Rata-rata pengikutnya teruja melihat adat yang begitu unik dan jarang dipertontonkan kepada umum itu.

MeZreka turut mendoakan agar urusan kelahiran nanti berjalan dengan lancar serta dipermudahkan segala urusan kelak.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *