Pelakon Nadia Brian selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya iaitu Muizz Nasruddin pada Sabtu.

Majlis secara sederhana itu diadakan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor dihadiri oleh kaum keluarga dan teman rapat.

Menerusi Instastory, Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, berkongsi rakaman video pendek ketika majlis pertunangan berlangsung.

Hasil carian juga mendapati wujudnya tanda pagar atau hashtag #MuizzxNadiaB di Instagram.

Pelakon filem Ratu Kala Jengking itu kelihatan anggun mengenakan persalinan berwarna ungu rekaan pereka fesyen Hatta Dolmat.

Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar, Nadia berkata majlis pernikahannya bersama Muiz dijangka berlangsung awal tahun depan.

” Kalau ikut perancangan mungkin berlangsung awal 2020 atau secepatnya hujung tahun ini.

” Apa pun ia bergantung kepada rezeki. Saya sendiri pun mengharapkan perkara baik ini dapat dipercepatkan,” katanya.

Pada Februari lalu, Nadia menerima lamaran kekasihnya di Paris, Perancis dalam suasana romantik bersaksikan Menara Eiffel.

Tunang Nadia bukan calang-calang
Difahamkan tunang Nadia bukan calang-calang lelaki kerana dikatakan seorang ahli perniagaan dan memegang jawatan penting di sebuah syarikat ternama.

Sementara itu berdasarkan carian di Facebook milik akaun Muizz Nasruddin, beliau memegang jawatan sebagai Sales Account Manager di NEC Malaysia di mana syarikat tersebut merupakan penyedia dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) multinasional Jepun, yang beribu pejabat di Minato, Tokyo.

Selain itu Muizz juga adalah bekas pengasas bersama di Futuristic Technologies Sdn Bhd, selain juga pernah memegang jawatan sebagai ‘Business Development Manager at Solsis (M) Sdn. Bhd. (Dataprep Holding)

Terdahulu Nadia Brian, 27, pernah mengumumkan dia telah menerima lamaran kekasihnya, Muizz Nasruddin dengan memuat naik gambar di laman Instagram (IG) miliknya.

Nadia yang ketika itu berada di Paris, Perancis, ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkata, dia sangat terkejut dan menangis dengan apa yang berlaku kerana perancangan awal ke Paris untuk bercuti sekali gus mengambil gambar pra perkahwinan mereka.

Dilamar kekasih sewaktu di Paris

” Sebenarnya rancangan asal saya ke sini (Paris) untuk bercuti dengan keluarga. Tapi sudah alang-alang di sini kami buat saja gambar pra perkahwinan.

“ Memang tidak sangka Muizz tiba-tiba melamar, terus saya terkejut dan katakan ‘ya’.

” Muiz seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan saya sungguh bertuah dapat mengenalinya,” katanya. Nadia berkata, jika tiada halangan majlis perkahwinan akan diadakan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Berkongsi mengenai perkenalan dengan Muizz, Nadia berkata, dia mengenali jejaka itu menerusi kawannya dua tahun lalu namun hanya sekadar rakan biasa dan mereka kembali rapat hujung tahun lalu.

” Saya memilih Muiz kerana melihat sikapnya yang bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa untuk lebih mengenali saya.

” Sebagai pelakon saya bekerja tidak tentu masa tetapi dia sentiasa memahami malah tidak segan untuk bertemu dengan keluarga dan itu yang membuatkan terbuka hati menerima lamarannya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. \

Sumber : mstar & FB Muizz Nasruddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *