Di Instagram, adik kepada seorang wanita ini kongsi ‘kisah silam’ kakak yang dicurangi suami selepas seminggu berkahwin. Kakaknya itu dikurniakan seorang anak dan berpisah akibat gangguan orang ketiga.

Namun, selepas beberapa tahun hidup sebagai ibu tunggal, wanita ini akhirnya berjumpa suami yang dulu merupakan crush di zaman persekolahan. Siapa sangka hubungan yang terputus selama 20 tahun diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Baru seminggu kahwin datang orang ketiga

So this is Kak Umi. My sister. A single mom. Ada yang kahwin, bahagia dua tiga tahun. Ada yang kahwin bahagia sampai anak dah besar panjang. But her marriage bahagia cuma seminggu bila datangnya perempuan (ex gf to her exhusband) yang merosakkan segalanya.

Tapi yelah, yang lelaki pun melayan. Kalau tak layan benda pun takkan jadi. Sepanjang perkahwinan, kak umi tak pernah merasa duduk sebumbung dengan suami (ok kita panggil dia abg Y). Sebab dari awal pun memang dah hadap krisis. Dia tak penah bawak kak umi duduk sekali kat kl. Alasan sebab dia jenis kene keje luar. Jarang balik rumah sbbtu kak umi duduk ngan mak pun kitorang tak question. /

Everytime dia balik Manjung jumpa kak umi, perempuan tu akan kacau kak umi. Mesej2 kak umi. Saje nak sakitkan hati kak umi bagitau “sikat Y kak umi ade dalam poket bag yang ni tau. Die punye barang ni kat bag ni.” (Nampak sangat la tinggal serumah dengan pempuan tu) Even masa tu kak umi tgh pregnant.

Setiap kali pempuan tu contact kak umi, kacau kak umi. Bila kak umi mengadu kt abg Y, kak umi kena tengking,pukul. Sebab sayang, kak umi bertahan. Dengan harapan abg Y dia akan berubah bila anak dia lahir nanti. Plus family mertua semua sayangkan kak umi. /

Ada satu time, kak umi ikut abg Y balik kl tapi dudukkkk je dalam rumah. Tak dibawak jalan jalan. Time tu dah sarat dah. Teringin nak makan macam macam tapi bila mintak tak pernah dia belikan. Kita ni time pregnant kalau teringin pape boleh menangis kalau tak dapat. Sampai nya hati kau buat bini macamtu. Ape ape ngadu kat anak dalam perut je. Nangis sorang sorang. Kak umi tak merasa life dengan suami yang bahagia jalan2 shopping mall pegang tangan, solat sama2, buka puasa sama2. Tak sempat pun nak merasa.

So one day. Dah malam time tu. Kak umi call nangis nangis bagitau baru lepas kena belasah. Kak umi cuma tanya kenapa sekarang dah lain cakap taknak balik lewat dah. Kak umi tengah baring dia terus cekik pipi kak umi and tumbuk. Seminggu kak umi tak boleh makan sakit. Masa kak umi call kak umi cakap jangan bagitau mak.

Lepas dah end call mak masuk bilik time tu ana nangis gila gila and mak terus tanya kenapa?? Tak fikir panjang ana twrus bagitau mak yang kak umi kena pukul kat sana. Mak punya nangis orang buat anak dia. Tengah mengandung pulak tu. Mak terus call angah ana yang duduk kt KL jugak.

“Ko tolong ambik adik ko sekarang jugak dari jantan tu. Adik ko tengah mengandung die pukul nye apai” mak keep cakap “Kenape buat anak aku kenapeee. Tak suka pulangkan jangan pukul anak aku” sambil meraung raung. Malam tu lah baru family tau yang kak umi tak bahagia selama ni.

Malam tu jugak angah ngan kakak ipar pegi amek kak umi. Duduk dengan angah. Masa tu la baru kak umi dapat makan ape yang dia teringin. Angah bawak makan itu ini. Nak makan dunkin donut je pun. Bukan benda mahal pun ko taknak bawak. Pastu kak umi balik duduk dengan mak balik. Sampai lah hari kak umi dah sakit nak bersalin. Ade mesej Y bgtau sakit. Tapi tak respond pun.

Mak abah bawak kak umi pegi hospital. Selamat bersalin sorang sorang tanpa suami. Abah yang dukung baby and azankan. Dah bersalin kak umi mesej Y, kak umi cakap dia rela diceraikan kalau dah taknak dekat dia. Barulah dia nak call tanya anak tengah buat apa. Tapi tak balik pun tengok anak bini.

Kak umi menangis tengok katil lain suami datang belai isteri belai anak bawakkan makanan. Harapan nak anak tengok muka ayah masa lahir tak kesampaian.

Iffat pulak kena jaundice lama. Keluar masuk ward. Kak umi handle sorang2 sebab kan tak boleh orang lain masuk selain parents baby je. Kuatnya kak umi. Depan family tak tunjuk sedih pun.

Seminggu lepas tu baru Y datang dengan parents dia. Dtg kejap tengok anak. Pastu balik. Hm panjang lagi cerita ni belum masuk bab dia datang culik anak dengan pempuan tu. Bab aku berperang ngan pempuan tu kt fb messenger.

#8yearsoftears

Nampak berubah selepas kelahiran anak pertama

Masa dalam tempoh berpantang tu dia ada datang. And ajak kak umi balik kampung dia kat Terengganu. Nak jaga ngan family dia kat sana. Kak umi ikut. Masa tu Y dah nampak berubah mungkin sebab anak diorang Iffat tu dah mengubah hati Y untuk berubah. Diorang happy dekat sana. Sampai Iffat dah 4 bulan baru diorang balik Manjung.

Alhamdulillah family ana ni pemaaf. Jenis tak berdendam. Terima semula dia dengan baik. Dia dtg hantar kak umi duduk dengan mak balik supaya ade orang jaga kak umi and iffat sebab dia keje mmg banyak outstation. Sampai iffat dah umur dua tahun, berapa kali je dia jumpa abah dia. Sebab balik bila dia kebetulan ada kerja dekat Lumut.

Ada 1 hari time bulan puasa. Y tengah bergayut dengan kak umi. Borak lamaa. Happy. Kak umi saje la cakap, bila abang nak balik, teringin nak berbuka dengan abang. Nak masak macam2 untuk abang. Dia just cakap nantila abang balik. Esok pagi lepas subuh dapat call dari Y. Kak umi angkat excited je setiap kali dapat call dari Y tapi rupanya this time pempuan tu yg call pakai number Y. Kak umi terus off phone.

Tengah hari tu kak umi call Y balik sebab tau time tu Y tgh keje. Tapi Y cakap nnt call balik tgh busy. Kak umi dahla menahan sakit hati pasal subuh tu tak dapat luah2 lagi. Petang tu dapat call baru dapat cakap. Kak umi cakap nak buat dosa pun hormat la bulan puasa.

Terang terang la diorang duduk sama kalau tak mcm mana pempuan tu boleh call subuh subuh bedi. Dahla tak kawin. Geram nya akuuuu. Then Y tercabar kak umi cakap pasal dosa tu. Die terus cakap “ mu ni dah kenape? Mu nak sangat kan?? Aku ceraikan mu dengan talak 2!!” (Aku pun takapaham kenapa dua bukan 1 atau 3 lol) .

Tapi bayangkanlah. Baru je semalam ckp teringin nak berbuka sahur sama2. Harini kena cerai. Masa tu kak umi tengah bawak mak pegi pasar beli barang. Tapi die tahan taknak nangis depan mak. Taknak mak tau. Sampai kat rumah baru die nangis semahu mahunya. Iffat time tu kecik lagi datang kat kak umi cakap “da abu angan angish”.

Tergamak tinggalkan isteri selepas tinggal

Tergamak kau tinggalkan isteri yang layan kau dengan baik. Setiap kali dia balik jumpa kak umi, ape die nak makan semua kak umi masakkan. Kak umi layan dia time makan pun sampai die tak payah bangun basuh tangan, angkat pinggan cawan. Nak makan ketupat sotong tengah malam pun kak umi ikutkan. Anak comel pandai pun kau tinggalkan. Demi pempuan yang muka suram takde nur tu.

Life lepas bercerai diorang masih contact perihal anak. Duit belanja tiap bulan dia masih bagi kat kak umi. Cumanya pempuan ni tak habis2 lagi mengacau kak umi. Pernah dia call kak umi paksa suruh kak umi mengaku betul ke dah bercerai. Pernah ugut nak bnuh iffat kononnya sebab kak umi dia terpaksa gugurkan anak dia dengan Y. Kau dah dapat dah pun lelaki tu ape kau nak lagi. Dasar pempuan $&#%!

1 day. Y call kak umi tanya nama penuh anak sebab dia nak buat aqiqah untuk iffat. Kak umi bengang la anak sorang pun tak ingat nama penuh ke? Y mengamuk kak umi taknak bagi nama penuh anak and then dia ugut nak bawak lari anak. Sejak tu kak umi sentiasa berjaga2 kalau keluar rumah takut Y betul2 datang. Everytime kak umi nak balik rumah dia ana akan ikut teman. Tinggal ngan kak umi kat rumah dia.

Tapi ada 1 hari. Semua kat rumah mak. Ana, @nurhaziradiana , @nedyzulkifli & @nabillabie tengah breakfast kat rumah mak ana. Tengah main2 ngan iffat tetiba kak umi bawak iffat balik rumah. Iffat masa tu tak sempat lagi nak makan. Lepas kengkawan dah balik ana bawak motor pegi rumah kak umi nak hantar makanan tadi teringat iffat belum makan. Sampai rumah kak umi, pagar terbukak. Nampak orang ramai tengah kerumun kat luar rumah sebelah.

Dengar suara orang tengah meraung “anak akuuuu”. Tengok betul2 ya allah kak umi tengah terduduk dengan darah2. Berlari ana pegi kat kak umi terus kak umi tarik ana bagitau Y dah ambik iffat. Lemah lutut berkecai hati. Ana call @nurhaziradiana suruh dtg bawak mak sekarang.

Kak umi cerita sampai rumah tadi nak tutup pagar sekali kete Y benti depan rumah kak umi lari masuk dalam peluk iffat tapi tak sempat tutup pintu Y dah terajang pintu masuk tarik iffat dari kak umi. Kak umi pegang iffat tapi Y rentap iffat sambil pijak perut kak umi. Kak umi terlepas iffat. Iffat meraung jerit “ibuuuu oyonggg (tolong)” berulang2 kali. Ya allah.

Masa Y tengah bagi iffat kat pempuan tu sebelah seat driver kak umi lari keluar tarik kunci kete pastu Y bergelut nak rampas balik kunci. Kak umi baling tp tak jauh sebab tengah sakit. Y start kete kak umi dapat pegang tangan iffat dari pempuan tu tp die pegang tangan iffat lagi kuat kak umi tak sanggup tengok tangan iffat sakit kene tarik so kak umi lepaskan tangan iffat.

Kak umi pegang tingkap kereta tp Y tetap jalan sampai kak umi terseret sekali atas jalan raya. Berdarah2 lutut kak umi. Ana bawak kak umi pegi balai dengan mak semua. Family kawan2 pun datang. Thanks to @kechikmegat @hazimkhosaime @aididsidisaifulbazli sabri emy yang terus datang balai call segala kawan dorang untuk sekat kereta Y kat jalan time tu. Tapi tulah, takde sape dapat tangkap kete Y. Bawak laju macam pelesit kot.

3 hari kitorang satu family tak lalu nak makan. Menangis je fikirkan iffat.K.umi pulak warded sebab doc suspect limpa kak umi pecah lepas kena pijak. But then alhamdulillah lepas dah discharge, biras kak umi contact kak umi bgtau iffat ade kat rumah dia. Y bawak iffat duduk sana. Betina tu takde sama sebab yes sampai now family Y tak pernah terima dia.

Biras kak umi hantar gambar die tengah suap iffat makan nasi. Ya allah perasaan kitorang masa tu. Syukur ya amatt bila tau dia ditempat selamat.

Lepas je biras dia bg information, kitorang terus shoot pegi balai dekat KL untuk polis ikut kitorang pegi rumah biras kak umi. Masa sampai kt balai tu. Y dah pun ade dalam lokap tu.so kitorang pegi amek iffat bawak balik manjung malam tu jugak.

Polis menahan bekas suami

So lepas biras kak umi bagitau Iffat dengan Y ade kat rumah dia. Kak umi inform polis yang in charge kt Manjung. Polis tu call balai dekat Kepong untuk tahan Y. Polis boleh tahan Y atas kesalahan menceroboh & pukul bukan atas sebab culik. Sebab tu anak dia. Sejak dia kena tahan tu. Tu lah last Iffat jumpa abah dia.

Tak lama tu Y bukak kes untuk hak penjagaan anak. Dia cakap dengan peguam dia yang kak umi ni tak keje so tak mampu nak jaga anak. Dia cakap kak umi ni mental sebab penah cakap nak minum clorox. Padahal kak umi ni tertekan sebab perangai syaitan dia yang buatkan kak umi ugut dia camtu. Bukanlah nak minum bebetul pun. Pastu point ketiga dia, dia cakap kak umi paksa iffat kerja masa iffat 3 tahun.

Sebab dia jumpa gambar iffat kat fb kitorang tengah pegang cawan2 kat cafe kakak sulung ana. Lolll. Time tu iffat tengah fasa suka meniru ape dia nampak. Agak2 la gambar tu pun boleh jadi punca kak umi fight habis habisan. Bertahun2 kes dibicarakan. Saksi2 jiran yang nampak kak umi kena pukul semua turun court.

Ada 1 hari kat mahkamah. Ana teman kak umi. Masa tu ana tengah duduk kat kerusi luar sorang2 sbb kak umi kat toilet. Y dengan betina tu sampai dengan peguam. Duduk sebelah ana. Dorang tak perasan sbb time tu ana pakai purdah. Ana dengar perbincangan diorang.

Yang melebihnya si betina tu tengah cakap kt peguam diorang “sampai sekarang langsung tak dapat nak jumpa anak??!” Hati aku time tu rase nak pegi tumbuk je heyyyy. Bukan anak kau pun 🐖!!!!!! And masa tu lah first time ana tengok betina tu. Kak umi 1000 kali lawa dari dia. Macam ana ckp, muka takde nur. Rambut takat bahu badan gempal2 kulit tak bape cerah. Just imagine. Pakaian Y time tu selekeh yakmat. Tak macam masa kak umi jaga dia dulu. Dengan jambang serabut. Ergh. Ameklah ko emylia. Nak sangat.

Sampai lah after 4 tahun. Iffat dah sekolah. Kak umi menang hak penjagaan. And mahkamah izinkan Y jumpa dengan iffat seminggu sekali sahaja. Balik dari mahkamah Y and his family amek iffat kat rumah bawak pegi jalan jalan. Luangkan masa dengan anak dia. Time ni Y memang rindukan iffat sangat. 4 tahun dia tak tengok anak membesar. Sebak jugak .

Kerja kuat besarkan anak

Kak umi & iffat duduk dengan mak abah je lepas kejadian culik tu. Dah tak menyewa rumah lain dah. Kak umi keje, mak jaga iffat. Sampai lah tahun 2015 mak abah meninggal. Kak umi terpaksa benti keje sebab takde orang jaga iffat dah. Kak umi buat kuih jual nasi lemak macam2 dengan abang @faezrul_ali . Kiranya Y ni tak sempat pun nak mintak maaf kat mak abah. Sebab masa dah settle kes tu dah tahun 2016, mak abah dah takde. /

Kak umi tak give up pun untuk cari pengganti. Dia ada berkawan. Dah sayang, dah plan nak kahwin. Tapi last last tak jadi sebab mak bf kak umi tak izinkan lepas kene cucuk dengan makcik2 kenapa nak bagi anak teruna diorang kahwin dengan janda. Kak umi putuskan hubungan dengan dia. Sebab rasa terhina sangat. Janda bukannya semua jahat.

Diorang yang kena aniaya ni takde hak nak hidup bahagia macam orang lain ke? Hanya sebab status Janda? Takpelah makcik. Jawab lah nanti dekat Allah. Sekarang anak makcik pun dah kawin dengan anak dara. Congrats.

Akhir tahun 2017 masa ana tengah pregnantkan Aisyah. Ana ajak kak umi tinggal dengan ana kt KL sebab tak sampai hati tengok dia sorang2 cari duit nak bayar kereta nya nak tanggung Iffat sekolah. Buat kuih hantar kat gerai2 pun ade je yang dengki nak sailang lah ape lah. So ana decide, kak umi duduk je dengan ana kita run @dapoana sama sama.

Ana pun dah sarat tak larat nak meniaga sorang sorang. Alhamdulillah makin banyak menu @dapoana sejak kak umi ada. Iffat pun happy sekolah dekat sini. Masuk2 terus jadi ketua kelas. Setiap ujian and periksa dapat no 1. And tahun ni jadi pengawas sekolah pulak. Cikgu2 semua sayangkan Iffat. Sebab dia ni matang dari usia. Dari dalam perut lagi die dah teman ibu dia kesedihan.

Alhamdulillah dia membesar tak banyak kerenah. Semua sayangkan Muhammad Iffat Ameen.

Baru buka akaun Facebook

Since kak umi duduk dengan ana. Y selalu jugak amek iffat bawak keluar makan jalan2 kadang2 bawak tidur rumah. And yes iffat cakap that girl ada sama. Tapi kak umi dah tak kisah. Janji Y dapat curah kasih sayang die kat Iffat cukup lah. Lain dari tu kau jawab lah sendiri kat akhirat. Kadang2 Y bawak Kak umi keluar makan sekali. Dorang makin okay. Y pun rajin call kak umi borak2.

Maybe sama sama dah boleh handle the situation professionally. Iffat dapat rasa kasih sayang dari ibu and ayah. Tulah kak umi cakap. Kalau dari dulu berdamai macamni kan senang. Takyah serabut kepala.

Sebelum duduk ngan ana, jarang kak umi nak pegi bejalan. Duduk je dengan ana kitorang adik beradik yg lain bawak ke sana ke sini bercuti. Dalam malaysia jela tapi. Tu pun dah cukup buat dia happy.

Kak umi ni dari dulu ana selalu paksa dia buat fb. Dia sejenis takde langsung socmed. Tak nak layan fb. Masa dah duduk ngan ana. Sekali lagi ana bebel. Buat laaa facebook. Macam mana nak cari jodoh kalau takde social account. Dala duk rumah jeee. Kena laa usaha sikit kan. Jodoh tak datang ke riba tau.

Tak lama tu ana and husband belikan phone elok sikit. ana buat acc fb ig kat dia. Bagi dia bersocial siket. Baru laaah dapat contact kawan kawan lamaa dari zaman sekolah dulu dulu. Sampai lahhhhh pada satu hari kak umi contact dengan…….

Terjumpa kembali kenalan zaman sekolah

Kak umi terjumpa facebook account senior sekolah dia dulu. Sekolah kat pantai remis. Sebelum kitorang pindah duduk Manjung. Actually this guy pernah suka dekat kak umi time sekolah dulu. Everyday bila balik sekolah, dalam bas, this guy mesti duk tengok je kak umi. Kadang kadang tolong copkan tempat untuk kak umi. Bila kawan kawan dia usik suruh tegur kak umi die taknak. Duk sebelah pun diam je. Sebab pemalu ya amat. Padahal kak umi pun crush ke dia jugek. Heyy rugi rugi rugi.

Sampai lah satu hari laki ni tak nampak kak umi kat sekolah dah rupanya kak umi dah pindah. My family pindah manjung tahun 2000. Frust nya dia Tuhan je yang tau sebab tak sempat nak confess, takde number phone rumah 😂. Macam mane laa nak cari balik kak umi. Menyesalnya tak pernah cuba untuk tegur.

Tapi die pernah cakap dekat kawan2 dia. Kalaulah dia jodoh aku, lost contact pun Allah akan pertemukan diorang semula 🌸

Selamat disatukan selepas berpisah 20 tahun

And yes, after 20 years hilang dari pandangan, crush 20 tahun lalu menjelma semula dalam hidup kak umi.

20 years later mereka disatukan. 27/4/2019 alhamdulillah mereka selamat diijabkabulkan. Now they are husband and wife ♥️ #Umifoundtruelove

Doakan yang terbaik

Alhamdulillahirabbil’alamin. Doakan keluarga ni berbahagia selamanya. Semoga perkahwinan ini mengakhiri segala perit derita yang ditanggung kak umi selama ni. Ana harap sangat kak umi merasa dibelai, dimanjakan suami, ade orang layan dengan baik. dan ada yang setia di sisi kak umi sewaktu sakit perit. Berbahagialah kakak ku ♥️ THE END .

Ambil iktibar dari kisah ini

Thankyou so much kat korang yang ikut kisah kak umi yang ana share. Doa yang baik baik untuk keluarga kami. Sorry ambil masa korang berhari hari sampai ada yang tak tidur 😂 Apa yang ana share hanyalah untuk dijadikan iktibar. Cepat atau lambat, yakinlah Allah is the best planner after all 🌸.
#umifoundtruelove #kakumidahkawen

Alhamdulillah, permulaan hidup yang baru

umiesawiyahAlhamdulillah… Terima kasih ya Allah untuk permulaan hidup yang baru..Terima kasih suami @ramlyyusry sudi memperisterikan umi dan menerima Iffat sebagai pengikat kasih sayang..Terima kasih Iffat anak ibu sebab merestui hubungan ibu dan ayah.. Dan terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kak umi..❤️

Sumber: Ana via Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *