Seperti mana yang kita ketahui, kesemua bintang-bintang Avengers memiliki tubuh badan yang boleh dikategorikan sebagai impian buat semua orang. Peranan memegang watak adiwira bukanlah sesuatu yang sukar kerana selain perlu pandai menjiwai watak tersebut, mereka juga perlu mendapatkan tubuh badan yang perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti yang terdapat didalam komik.

Kesemua pelakon-pelakon Avengers perlu berkerja dengan lebih keras di belakang skrin bagi mengekalkan kekuatan serta kecergasan tubuh badan untuk mendapatkan tubuh badan yang diperlukan untuk melakonkan sesebuah watak adiwira itu.

Menurut jurulatih peribadi Scarlett Johansson, yang membintangi watak Black Widow di dalam filem tersebut, beliau telah dikehendaki berpuasa selama 15 jam sehari dan mengambil bahagian dalam latihan angkat berat yang dilakukan atlet Olimpik demi melakonkan watak tersebut.

Lain pula ceritanya untuk Chris Hemsworth,35, yang membintangi watak God of Thunder (Thor), kerana beliau perlu makan lima kali sehari yang bersamaan dengan pengambilan 3500 kalori dalam sehari bagi melakonkan salah satu watak yang penting serta adiwira yang terkuat didalam filem tersebut.

‘Kami diinspirasikan untuk mendapatkan tubuh badan yang serupa seperti Linda Hamilton di dalam filem Terminator 2 bagi diguna pakai oleh Black Widow. Beliau dilaporkan telah dilarang daripada menghisap rokok, lari sejauh beberapa batu dalam sehari dan perlu tidur lebih dari empat jam dalam satu malam bagi mendapatkan tubuh badan yang sesuai demi watak tersebut’, dedah Eric Johnson, jurulatih peribadi Scarlett Johansson.

Untuk mendapatkan rupa yang sama seperti ikon pada tahun 1990-an itu, Eric memastikan bahawa pengambilan makanan Scarlett yang berkarbohidrat perlu dicatu bagi memastikan jadual yang telah ditetapkan dalam mendapatkan tubuh badan yang diperlukan sebelum hari pengambaran filem tersebut dapat dicapai.

Kadang kala, beliau diperlukan untuk memakan makanan yang tinggi dengan karbohidrat dan rendah lemak, sementara ada yang perlu memfokuskan kepada makanan yang rendah karbohidrat dan kadar lemak yang tinggi.

Waktu makannya menjadi terhad, kerana dia perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari, namun ianya bergantung kepada jadual penggambarannya, ada hari beliau perlu dikerahkan untuk berpuasa selama 15 jam sehari.

Jurulatih itu juga menjelaskan bagaimana pelakon itu terpaksa mencabar badannya dan merangsang fikirannya apabila beliau perlu melakukan senaman yang begitu ekstrim seperti yang diguna pakai oleh kebanyakan atlet.

‘Kami menerapkan proses dan rutin yang digunakan oleh kebanyakan atlet yang sedang bersiap sedia untuk menyertai sesuatu pertandingan. Dengan memberi lebih banyak penekanan pada prestasinya, tubuhnya hanya akan mengikutinya sahaja,’ ujar Eric.

Sementara itu, Chris Hemsworth, yang melakonkan watak Thor di dalam Avengers, menurunkan berat badan dengan menjalani tiga sesi senaman dalam sehari dalam usahanya untuk membina otot bagi melakonkan watak yang sangat dinanti-nantikan didalam filem tersebut.

Lukas Zocchi, yang juga merupakan rakan dan jurulatih peribadi Hemsworth, mendedahkan bahawa dia menumpukan pada HIIT (High Intensity Interval Training) dan HIRT (High Intensity Resistance Training) untuk membantu Chris mendapatkan bentuk badan seperti Thor.

Beliau memberitahu kepada Daily Mail Australia: “Setiap kali dia berlatih bagi memegang watak Thor, kami akan mengangkat beban yang lebih berat, melakukan lebih banyak kerja secara berasingan dan akan mengambil masa yang banyak untuk berehat di antara set yang kami lakukan bersama.

Menurut Luke, senaman yang dilakukan untuk penggambaran filem terbaru ini berbeza dengan rutin harian yang dilakukan Chris, ianya kerana biasanya mereka akan bersenam menggunakan berat yang lebih ringan dan hanya memberikan fokus yang lebih kepada senaman yang ringan dan lebih pantas dalam membina otot.

‘Senaman yang dilakukan untuk Endgame biasanya dilakukan tidak lebih daripada sejam, hanya menyasarkan kepada dua bahagian otot untuk satu sesi,’ ujarnya. ‘Untuk satu otot, empat kaedah senaman menggunakan beban yang berat dibahagikan, dan untuk satu kaedah senaman tersebut, kami akan melakukannya sebanyak 12 set.

“Kami perlu melakukan sekurang-kurangnya tiga sesi,’ terang Luke. ‘Kadang-kadang kami menggandakan sesi dalam tempoh seminggu, walau bagaimanapun ianya tidaklah boleh melebihi enam hari dalam seminggu kerana baki satu hari itu digunakan untuk berehat.’

Sesi latihan Chris dilakukan dengan memfokuskan dua otot untuk satu sesi iaitu, dada dan bisep, otot belakang dan trisep akhir sekali kaki dan bahu.

‘Tidak kira sekuat atau bersemangat mana pun, selama satu hari dalam satu minggu diperlukan untuk kami bercuti dari melakukan rutin latihan kami bagi merehatkan otot, adiwira juga tidak terkecuali! Tambah Luke.

Luke yang merupakan jurulatih Chris yang berpengalaman itu telah membangunkan sebuah aplikasi rutin kecergasan, dia memberitahu bahawa, sesiapa sahaja boleh melakukan dan mengikuti rutin yang dilakukan oleh bintang Thor itu.

‘Latihan yang terdapat didalam applikasi tersebut adalah HIIT dan HIRT [high-intensity interval training and high-intensity resistance training], sama seperti yang dilakukan oleh Chris,’ katanya.

Chris melengkapkan rutin latihannya itu dengan diet yang memaksanya hanya mengambil makanan yang kaya dengan nutrien yang tinggi. Dia mengambil pelbagai jenis protein, bijirin, buah-buahan, kekacang dan lemak.

Chris mengambil sekurang-kurangnya 3,500 kalori dalam sehari, kadang-kadang lebih banyak dari itu demi membawakan watak sebagai adiwira didalam filem Avengers.

Sergio Perera yang merupakan seorang chef dan pakar dalam pemakanan memberitahu bahawa, Chris memperoleh dan mengekalkan ototnya dengan hanya memakan daging merah dan bijirin yang kompleks seperti nasi yang dikukus, barli, pasta wholegrain dan roti.

‘Biasanya dia akan mengambilnya semasa hari beliau melakukan latihan,’ jelasnya.

‘Kadang-kala, pengambilan kalori yang banyak boleh menjadi satu cabaran untuknya, jadi dia akan menambah satu atau dua snek yang mengandungi sayur-sayuran, lemak dan protein yang berasaskan tumbuhan.’

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *