Ramadhan ini, kumpulan hak asasi manusia dan organisasi Islam mendesak umat Islam Amerika Syarikat untuk memboikot produk yang dibuat di China. Hal ini berikutan tindakan pihak berkuasa China yang menghalang serta menghukum umat islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Menurut Hena Zuberi yang pengarah kepada organinasi yang membantu melaksanankan kempen “Puasa Daripada China”.

“Ramai orang berkata bahawa mereka tidak boleh mmeboikoit China, segala yang diperbuat dari China.”
Menurut Hena, kempen itu dijalankan oleh mereka pada pada bulan ini, malah mereka bersemangat untuk menjalani ibadah puasa yang mendatang. Kempen ini dilancarkan pada 19 April yang bertujuan untuk memastikan umat Islam supaya memikirkan semula keputusan untuk membeli barang-barang yang berlabel “Made In China”.

“Sememangnya penting bagi rakyat Amerika untuk mendapatkan manfaat dari hubungan pernigaan namum adalah lebih penting un tuk mereka membuka fikiran mereka terhadap kebebasan beragama, hak asasi manusia dan proses undang-undang yang sewajarnya”
“Ramadan adalah masa untuk kita tingkatkan kesedaran kita terhadap isu ini. Rasa lapar akan mengingatkan kita tentang erti kemanusiaan.”
Sumber : Religion NewsrAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *