Siapa yang masih tidak mengenali dengan penyanyi rap wanita, Zizi Kirana, kalau dilihat daripada segi gaya dalam berfesyen, boleh dikatakan Zizi antara yang berani menampilkan imej seksi dan daring.

Jangan hanya menilai daripada luaran, siapa sangka artis yang selalu tampil dengan gaya seksi ini sebenarnya pernah menjadi seorang guru mengaji suatu ketika dahulu.

Zizi Kirana pernah jadi ustazah…
Dalam ditemu ramah bersama media, Zizi mendedahkan, ketika usianya 17 tahun dimana setelah tamat tingkatan lima, penyanyi itu mengambil keputusan untuk menjadi guru mengaji Al-Quran, untuk kanak-kanak di kampung halamannya.

Zizi yang ketika itu menetap di Semporna, Sabah, menjadi guru mengaji selama tiga tahun, memandangkan rumahnya berdekatan dengan masjid, maka disitulah selalunya kelas mengajinya akan diadakan.

Pernah jadi penyanyi nasyid…
Menurut Zizi, selepas bergelar guru mengaji, dia mula berkecimpung dalam bidang nyanyian nasyid bersama kumpulan Zaiyan, sebelum menjadi penyanyi komersial.

Tidak pernah lupa pada Al-Quran
Jelas Zizi, walaupun sudah tidak lagi mengajar mengaji, namun tambahnya dia tidak pernah meninggalkan Al-Quran dan masih mengamalkan bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat.

Bagi penyanyi itu, alunan Al-Quran dan zikir adalah salah satu caranya untuk mendapatkan ketenangan jiwa, dan mengakui berasa tenang setiap kali membaca ayat suci daripada Kalam Allah itu.

Akan pakai tudung bila betul2 sedia…
Sedar masih banyak lagi ilmu agama yang perlu dipelajari, Zizi meminta agar ramai yang mendoakan diri supaya mampu berubah ke arah yang lebih baik.

Mengenai soal bertudung, Zizi secara jujurnya telah memasang niat untuk mengenakan tudung apabila dirinya benar-benar sudah bersedia.

Terdahulu, Zizi telah memuat naik beberapa foto dirinya mengenakan tudung di Instagram, dan mendapat komen positif daripada netizen yang suka melihat penyanyi untuk menutup aurat.

Sumber : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *