Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga. Mungkin ini pepatah yang tepat untuk menggambarkan jodoh antara mereka ini.

Pelakon Fahrin Ahmad tidak menyangka wanita dalam foto yang pernah bergambar bersamanya 17 tahun lalu iaitu Elena Eleas kini menjadi isterinya.

Menurut Fahrin, 40, foto itu dirakam ketika dia dan isteri menjadi pemenang pakaian terbaik dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan di kampus mereka.

” Masa ni Elena poyo dan jual mahal, dia tak tahu yang sebelah dia tu bakal suami dia 17 tahun kemudian. Ni lah namanya jodoh pernah melintas depan mata.

” Kami memenangi anugerah pakaian terbaik lelaki dan perempuan di majlis makan malam matrikulasi di Institut Teknologi Mara, Shah Alam (kini dikenali UiTM).

” Kami tak berkawan, hanya batchmate. Jangan main-main, kain samping senteng you all,” tulisnya di Instagram pada Khamis.

Sementara itu, Elena pula menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik foto yang sama berserta kapsyen ucapan istimewa bersempena ulangtahun kelahiran suaminya itu.

” Selamat hari jadi ke-40 kepada the handsome man in blue Fahrin Ahmad. I love you. Gambar ini diambil semasa makan malam fakulti undang-undang.

” Sayang kenapa you nak ambil gambar dengan I masa ni? I tak kawan you pun… tak apalah selamat ulangtahun ke-4 untuk kita. Love you sayang!,” kata Elena.

Netizen terhibur, usik Fahrin dan isteri
Rata-rata pengikut terhibur dengan kapsyen yang ditulis pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini dan mendoakan supaya perkahwinan mereka berkekalan selamanya.

” Tak sangka jodoh kan? Kenapa anda tak perasan yang anda berdua sebenarnya seiras sejak 17 tahun lalu.

” Jodoh tu rahsia Allah, kadang-kadang depan mata je, cantik sungguh perancangan Allah,” komen pengikut.

” Alamak sy menang king of the night jugak masa prom night. Mungkin jodoh saya queen of the night tu

” Konon tak friend, batch mate je, tapi dah ajak bergambar. Nampak sangat taste, tapi kekwat bahahahahah kbai.

Sekilas info tentang Farid dan Elena
Fahrin berkahwin dengan Elena Hani Eleas, 39, pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia tiga tahun.

Untuk rekod, Elena pernah menyertai syarikat penerbangan antarabangsa terkemuka Emirates Airlines bermula tahun 2007

Setelah hampir lapan tahun beliau berkhidmat bersama syarikat tersebut, beliau kemudiannya memegang jawatan Ketua Pramugari (Senior Flight Stewardess).

Pasangan Fahrin dan Elena pada suatu masa dahulu pernah menuntut di institusi pengajian yang sama iaitu Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di UiTM Shah Alam

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *