PELAKON Ummi Nazeera terpanggil untuk mengulas mengenai situasi golongan selebriti yang sewenang-wenangnya mudah untuk membuka tudung.

Kata Ummi, dia merasakan tindakan seseorang individu memakai dan membuka semula tudung adalah tidak normal.

“Saya rasa itu tidak normal! Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini saya berharap masyarakat tidak menerima perkara itu sebagai sesuatu yang normal.

“Apabila anda sudah bersedia, anda pakai tudung. Tetapi apabila anda tidak bersedia kemudian pakai tudung dan buka balik itu tidak normal. Tidak kiralah artis atau orang biasa,” katanya menerusi temu bual bersama Zayan.my.

Mengimbas semula ketika mula-mula berhijab, kata Ummi dia perlukan jalan untuk membimbingnya keluar daripada depresi.

“Saya pakai tudung sebab saya nak pakai tudung. Saya perlukan jalan untuk menolong saya daripada depresi.

“Jadi, saya memohon doa daripada rakan-rakan sekeliling saya tolong doakan saya. Saya risau saya pula yang buka tudung.

“Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya.

“Oleh itu saya doakan supaya mereka jumpa semula jalan itu. Iman turun naik itu normal tetapi Allah sangat sayangkan orang yang masih ingatkan dia. Apabila kita terlupa kita pusing balik,” tambahnya.

Industri hiburan dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti wanita yang kembali membuka tudung sejak awal tahun ini.

Emma Maembong dan Fathia antara selebriti yang mendapat cemuhan ramai gara-gara tindakan terbabit.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Harap sgt ummi istiqamah dlm menutup aurat. please. ummi lebih cantik bertudung. saya minat sgt dgn ummi. jgn kecewakan peminat. jgn buat Allah murka. kalau boleh labuhkan tudung tu n pakai pakaian yg lebih longgar. ok ummi. semoga rumahtangga ummi bahagia hingga jannah. Aamiin

SOLAT BUKAN SBB KITA BAIK, TAPI SOLAT SBB ARAHAN DARI ALLAH, ALLAH SURUH. SAMA SEPERTI MENUTUP AURAT, TUTUP AURAT SBB ALLAH SURUH.

Trend selebriti bukak tudung nih blh bg contoh buruk kpd masyarakat esp kpd fans individu tersebut

Semoga terus kekal tabah dlm apa jua rintangan yg sdng dilalui dan sentiasa dlm keadaan Istiqamah kpd NYA… #hiduptaklamaweh Allahuakhbar ..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. MFADHLY

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *