Isu pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat akhirnya selesai dengan kemenangan berpihak kepada jururawat terlibat selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Menerusi Facebook seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli, dia mengucapkan tahniah kepada badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) di atas usaha membela nasib jururawat tersebut.

Malah, Rusyainie juga mendedahkan anggota kumpulan Elite itu dikhabarkan bakal kena bayar ganti rugi kepada DON dan juga membuat permohonan maaf kepada jururawat terlibat.

“Tahniah DON yang bertindak menjadi pemudahcara untuk seorang jururawat yang difitnah oleh seorang selebriti.

“Akhirnya ia selesai dengan kemenangan berpihak pada jururawat tu setelah persetujuan luar mahkamah dicapai.

“Selebriti tu dengar khabarnya bukan setakat nak kena bayar ganti rugi, tapi yang paling penting, dia mesti membuat permohonan maaf pada jururawat tu,” tulisnya.

Rusyainie memuat naik kenyataan rasmi badan bukan kerajaan itu yang memaklumkan kes berkaitan selebriti tersebut dan jururawat akhirnya telah selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Menerusi laman Instagram Linda ada membuat permohonan maaf berhubung isu buli siber sehingga dia mengambil tindakan undang-undang kepada lebih 100 netizen pada Khamis.

Ini kata-kata permohonan maaf menerusi laman instagram Linda.

“During my last press conference, i felt angry, betrayed, insulted and sad that my mom’s passing did not stop cyber bully against me. My heart was filled by rage. My lawyer sent notices to hundreds of persons defaming me but my heart did not come to a closure.. Some dm me saying sorry.. hence some i forgive but some others went out too much that i cant help but to clear my reputation.

In the holy month of Ramadhan, i took this opportunity to say sorry if i ve hurt any of you with or without I forgive every nitizen who ask for my forgiveness and in return i m seeking forgiveness too.. Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi allah ini dan tidak salah jika kita yg ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah🤲🏻 Allah maha melihat.. segala kebaikkan n keburukkan di catit dan tidak ada satu pon yg akan terlepas pandang.. Dunia sementara akhirat selamanyaa..
satu hari kita akan kembali kepadanyaa..💙 @hafidzahhassan @zetizulkifli @nha_lawfirm”

Bagaimanapun menurut Rusyainie, dia menganggap selebriti itu masih mempunyai ego setinggi langit apabila membuat permohonan maaf tanpa menyebut spesifik pada jururawat yang difitnah.

“Malangnya bila saya baca permohonan maaf di IG milik selebriti tu, interpretasi saya? Dia masih punya ego melangit. Langsung tak sebut pun spesifik pada jururawat yang difitnahnya!

“Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rusyainie berharap pihak DON memandang serius cara Linda mohon maaf disebabkan selebriti itu seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa keadaan.

“Saya harap DoN memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa sedangkan jelas dan terang dia yang menabur fitnah.

“Semoga jururawat tu menolaknya juga dan meminta selebriti tu tulis balik permohonan maaf dengan betul. Dah salah, mengaku la ya,” katanya.

Sebelum ini, Linda melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu.

Susulan insiden itu, pihak Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar, fb Rusyainie Ramli dan ig Lindarafar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *