Bagi penonton setia drama rantaian Cari Aku Di Syurga, pasti mengenali watak bernama Mia yang dilakonkan pelakon muda, Mimi Lana.

Terkini, entrinya di Instagram bersama Syafiq Kyle nyata mengundang perhatian ramai. Keduanya kini terlibat menerusi drama rantaian, Bukan Cinta Aku di samping Baim Wong dan Janna Nick.

Jadi jom kita lihat 10 fakta menarik mengenainya. Tak kurang hebat, okay!

1.Mimi Lana atau nama lengkapnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin dilahirkan pada 21 November 1995 di Taiping Perak.

2.Mimi dikategorikan sebagai artis wanita yang tinggi kerana mempunyai ketinggian kira-kira 5 kaki 10 inci.

untuk maklumat yang min dapat, Syafiq Kyle cuma tinggi 1.76m (5kaki 7 inci)

3.Bintang berusia 24 tahun ini merupakan bekas finalis Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 sezaman dengan Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Puteri Aishah dan ramai lagi.

4.Mimi telah memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan selepas itu Mimi telah berjinak-jinak menceburi dalam bidang lakonan.

5.Kali pertama Mimi Lana muncul dikaca televisyen apabila membintangi siri Sein & Luna yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2016.

6.Antara drama lain yang telah meningkatkan populariti dirinya seperti Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mawar Murni, Cinta Koko Coklat, dan Dian.

7.Bermula tahun 2013 sehingga tahun 2019, Mimi telah berlakon lebih daripada 20 buah drama termasuk drama episod.

8.Bagaimanapun, Mimi tidak terpalit daripada k0ntroversi apabila dia direman pihak berkuasa selama 11 hari atas dakwaan memiliki dan mengedar g4nnja. Namun nyata beliau terbukti tidak bersalah dalam kes tersebut.

9.Dalam pada itu, Mimi juga pernah dikaitkan dengan aktor kacak Syafiq Kyle apabila dikhabarkan menjalin hubungan mesra.

10.Dan kini, nama Mimi semakin mendapat tempat di hati penonton yang menonton drama rantaian Cari Aku Di Syurga apabila dikatakan telah berjaya membawa watak Mira dengan baik.

Drama Cari Aku Di Syurga yang kini ditayangkan di slot Samarinda, di TV3.

Sumber : Carian Google

Sumber : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *