Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkongsi pengalaman melucukan apabila motosikal jenis Y15ZR (YSuku) miliknya ‘bertukar wajah’ selepas diubah suai oleh isterinya sendiri, Siti Sarah.

Hasil kreativiti Sarah itu telah dimuat naik di Instagram Shuib malam semalam.

“Tajuk filem: Asalkan kau bahagia, tempahan moto berhiasa dibuka sekarang,” katanya.

Sehingga kini ruangan komen pada entri Shuib itu telah dibanjiri dengan pelbagai reaksi menarik dari netizen serta rakan artis.

Paling melucukan adalah komen daripada pelawak Zizan Razak.

“Ib, Aku rasa kau boleh konvoi bila tiba hari kebangsaan. Macam perarakan hari merdeka je motor kau tu,” kata Zizan.

Komen Zizan itu sekali gus mencuri tumpuan netizen termasuklah pelakon Nabila Huda.

Sehingga kini komen terbabit telah menerima 4,497 likes.

View this post on Instagram

selamat hari raya dari kami sekeluarga..

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Sementara itu, Sarah turut memuat naik video penuh di sebalik tabir pembikinan motosikal berkenaan di entri Instagramnya.

Berdasarkan video terbabit, Sarah telah menambah motosikal itu dengan pelbagai perincian dan corak.

Menurut Sarah, dia mahukan sesuatu yang lebih nampak ganas, ‘robotish’ dan pada sama sama nampak diva.

Anda boleh lihat video penuh dibawah:

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *