Pengakuan Benar Lelaki Ini Di REJECT Sebab Pakai Kereta Buruk | Dah biasa dah tengok orang Malaysia ni yang pandang status hidup berdasarkan kereta yang dibawa. Tapi tak sangka pulak sampai macam ni sekali. Baru-baru, seorang lelaki dah berkongsi kekecewaan di Facebook bila rakan wanita dia enggan naik kereta Proton Wira miliknya. Amboi!

Dalam perkongsiannya, dia berkata, “Baru kejap tadi saya memandu kereta Proton Wira untuk menjemput rakan saya di tempat kerja. Bila saya tiba, saya tekan hon beberapa kali untuk memberitahu yang saya dah sampai. Tapi bila dia nampak saya, dia buat-buat tak kenal.” Dia siap mesej saya dan beritahu lain kali kalau saya bawak Proton Wira, saya tak payah datang jemputnya.”

“Kereta ni saya dah bawak dari Johor ke Penang dan patah balik. Saya boleh naik ke Genting Highlands tanpa sebarang masalah. Lagipun, air-cond kereta saya masih sejuk dan siapa yang naik kereta saya akan terlindung. Saya tak faham kenapa dia tak nak naik kereta saya.”Tiba-tiba kata dah book Grab Bila ditanya kenapa tak nak naik keretanya, wanita tu langsung tak menjawab soalan dan memberitahu yang dia dah pun book untuk naik Grab. Terkejut, lelaki itu memberitahu,

“Saya dah sampai depan tempat kerja awak tapi awak lebih sanggup naik Grab daripada naik kereta saya? Proton Wira saya ni memalukan ke?”Ramai yang simpati selepas membaca entri lelaki tersebut serta kecam wanita tu yang dikatakan terlalu materialistik, Ada juga yang lega sebab wanita itu hanya rakan dan bukan kekasihnya.

Janganlah judge orang lain sampai tak nak naik keretanya. Proton Wira kereta yang hebat jugak tau, support kereta local!4 Ciri-Ciri Bakal Isteri Yang Patut Lelaki Pilih. Pertama: Agama.Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan: ‘Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.’ [al-Baqarah 2:221]

Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Lantaran itu yang membezakan ciri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita.

Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat). Hal ini berlaku kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa, tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh, dan menterjemahkan ilmu

dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian. Rasulullah juga pernah bersabda: ‘Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.’ [Shahih al-Bukhari, no: 4700] Kedua: Cantik.Rasulullah pernah bersabda: ‘Sesungguhnya Allah itu indah

dan menyukai keindahan.’ [Shahih Muslim, no: 131] Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda: ‘Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.’ [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]

Maksud kecantikan di sini ialah apa-apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, atau pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama. Oleh itu, wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri atau sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi

pemakanan yang sihat, senaman, dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah adalah cantik, hanya kecantikan itu akan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbezabeza cita rasanya antara satu dengan yang lain. Ketiga: Menyenangkan suami. Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab: ‘Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika

diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).’ [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231] Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukannya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari’at Islam. Jika bertentangan, maka isteri tidak perlu taat.

Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya. Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya?Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedar bahawa semua kebaikan

yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah kepada Allah.Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas. Keempat: Pandai mendidik anak-anak.

Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pembahagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda:‘Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.’ [Shahih al-Bukhari, no: 4692]

Mungkin ada pula yang bertanya, bahawa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah? Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri.

Jika isteri bekerja di luar rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanyakembali: ‘Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?’

Sumber: Naluri kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *