Baru-baru ini menerusi Instagram, sempena hari ulangtahun kelahiran adiknya iaitu Raysha Rizrose, Nelydia Senrose memuat naik status khusus buatnya.

Namun selain ucapan buat adiknya itu, Nelydia membuatkan netizen tertarik dengan posting miliknya apabila dia memuat naik beberapa keping foto ketika waktu kecil yang mana dapat dilihat dia bersama Raysha serta Uqasha.

Dari kecik comel…
Bagaimanapun, ramai yang turut memuji adik beradik terkenal ini dengan mengatakan sudah dari kecil kelihatan cantik.

Namun, menerusi status dimuat naik Nelydia juga terdapat satu keping foto dua orang sepupunya iaitu Aprena Manrose serta Oktovia Manrose.

Foto sepupu pun turut terselit
Foto-foto tersebut menjadi perhatian ramai malah kini mereka berlima sudah bergelar pelakon terkenal dan tidak asing lagi dalam industri hiburan.

Wajah mereka juga sering mewarnai kaca televisyen dengan pelbagai drama-drama yang dilakonkan mereka malah turut menerima pelbagai respon positif mengenai lakonan mereka.

Rindunya semua…

Dari kecik cantik cute

Kecik2 dah lawa

Sumber: Nelydia Senrose via HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *