Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri Datin Nur Shahida yang selamat menimang cahaya mata kelima petang semalam. Bayi tersebut dilahirkan pada jam 5.30 petang di sebuah hospital swasta.

Berita kegembiraan itu dikongsikan oleh Aliff menerusi Instagram miliknya. Bagaimanapun, pasangan itu masih belum memaklumkan jantina serta nama bayi yang baru dilahirkan itu.

Melalui Insta Story, Nur Shahida meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak kelimanya itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Pada ruangan komen perkongsian Aliff Syukri, rata-rata netizen bertanyakan tentang jantina bayi berkenaan dan ada beberapa komen mengatakan pasangan itu menimang cahaya mata perempuan.

Aliff dan pasangannya Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.

Tahniah diucapkan sekali lagi. Semoga kesihatan Nur Shahida dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel Aliff Syukri Junior!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *