Tidak kira apa saja menu keluaran terbaru restoran makanan segera McDonald’s pasti akan membuatkan ramai teruja. Pasti ramai tahu pada September lalu McDonald’s Malaysia kembalikan beberapa menu popular mereka antaranya McShacker Fries.

Sememangnya apa yang pasti sambutannya sangat luar biasa sehinggakan setiap kali ada yang ingin mendapatnya ianya sudah habis dijual.

Seperti kita ketahui, McDonald’s kini kembali dengan menu burger Prosperity. Kalau dah ada Prosperity, sudah tentu ada Twister Fries. Tapi bagaimana pula jika Twister Fries digabungkan dengan McShaker Fries? Mesti lagi kick!

McDonald’s nampaknya kembali dengan memperkenalkan Spicy Twister McShaker pula. Hanya dengan tambahan RM2.50 anda boleh menikmati Spicy Twister McShaker.

Tapi ada perkara perlu diingatkan, menu terbaru ini hanya boleh didapati dalam pada terhad sahaja.

Nanti dulu bukan itu saja, McDonald’s juga kembali dengan pencuci mulut Taro Pie. Namun Taro Pie ini hanya boleh didapati cawangan McDonald’s Semenanjung Malaysia sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *