Apabila sebut pulau kucing, mesti terus teringat Aoshima, sebuah pulau yang dihuni oleh banyak kucing tidak bertuan di Jepun. Memang ramai yang berhasrat untuk ke sana untuk melihat kucing-kucing di pulau tersebut.

Akan tetapi sebenarnya anda tak perlu terbang jauh sampai Jepun kerana di Malaysia juga ada pulau kucing yang terletak di Pusat Tenun Pekan, Pahang.

Hal itu dikongsikan oleh seorang warga Twitter yang berkongsikan kisah lawatannya ke pulau kucing tersebut baru-baru ini.

Pusat tersebut setakat ini mempunyai sebanyak 100 ekor bersama dengan beberapa haiwan lain yang juga memerlukan perlindungan. Tempat tersebut memang sangat cantik dan dan tenang, sesuai untuk pengunjung yang sukakan kucing.

Pada mulanya difahakan tempat ini adalah pusat perlindungan kucing terbiar yang diasaskan oleh seorang lelaki penduduk asal Pekan dan telah meninggal dunia. Kemudian tempat ini sekarang diselia oleh beberapa orang sukarelawan dari Perancis.

Jika sesiapa yang ingin datang melawat, dinasihatkan untuk bawa barang sumbangan berbentuk makanan kucing atau peralatan perubatan. Boleh Waze Meow Island atau cari Pusat Tenun Pekan.

Pulau kucing ini hanya dibuka dari hari Khamis hingga Selasa. Jam 1 tengah hari hingga 6.30 petang. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM3 dan RM1 untuk kanak-kanak.

Menarik dan terujanya, semua kucing di pulau tersebut sangat jinak dan akan berkerumun dekat anda, malah setiap daripada mereka mempunyai nama mereka sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *