Sabtu lalu menyaksikan JDT memenangi Piala Malaysia mengalahkan pasukan Kedah. Ramai yang mengucapkan tahniah jdt di media sosial sehingga menjadi trending di twitter.

Jika dulu selepas perlawanan bola, Syed Syaddiq menjadi perhatian kerana kutip sampah dan kali ini, agak tersentuh apabila melihat kanak-kanak penyokong JDT yang turut mengutip sampah selepas perlawanan Piala Malaysia.

Gambar yang dikongsikan oleh Fahim Farid di twitter mendapat 437 like dan 256 retweet. Gambar ini tidaklah popular seperti YB Syed Syaddiq ketika beliau mengutip sampah dulu tapi gambar ini jelas menampakkan kanak-kanak ini sebenarnya ikhlas melakukan kerja mengutip sampah dan bukan dipaksa.

Apapun terima kasih kepada kanak-kanak ini yang sanggup mengutip sampah dan memberi pengajaran kepada kita semua. Kesedaran sivik yang ditunjukkan kanak-kanak ini, wajar diberi pujian.

Didikan ibu bapa kanak-kanak ini jelas menggambarkan mereka sangat mengambil berat akan tingkah laku anak-anak mereka untuk jadi orang yang sentiasa membuat kebaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *