Kes perceraian pada setiap tahun di laporkan di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan. Kadang-kadang, punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan antara pasangan berkahwin.

Zaman sekarang kes cerai semakin aneh dan pelik, adakalanya hal remah pun boleh menyebabkan perceraian. Seperti kes ini, pasangan bercerai hanya kerana cara picit ubat gigi.

Tular baru-baru ini, seorang hakam menceritakan kembali kisah yang dialami sepanjang beliau terlibat dengan pasangan bercerai. Ada satu kes yang dikendalikannya melibatkan pasangan suami isteri yang bercerai hanya kerana gara-gara ubat gigi.

“Si suami itu dikatakan suka picit ubat gigi dari belakang, manakala isterinya pula gemar picitnya dari tengah.

“Situasi itu kadangkala membuatkan pasangan berkenaan kerap bergaduh dan bermasam muka. Akhirnya, kes dibawa ke Mahkamah Syariah. Walaupun perkahwinan mereka cuba diselamatkan, namun akhirnya bercerai juga,” katanya.

Inilah satu lagi alasan yang pelik adalah apabila si suami terlalu pendiam sehingga menyebabkan isteri mula bosan dan mereka membuat keputusan untuk bercerai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *