sememangnya tidak dinafikan kasih sayang terhadap seseorang mendorong manusia untuk sanggup melakukan apa sahaja baik untuk anak-anak mahupun teman hidup.

Itulah juga yang manjadikan seorang lelaki berusia 41 tahun terjun ke dalam sungai berlumpur di Chonburi, Thailand hanya untuk menyelamatkan sebuah pita pengukur yang terjatuh.

Selepas berjaya mendapatkan semula barang berkenaan, lelaki yang merupakan seorang tukang besi itu malangnya tersekat di dalam lumpur dan terpaksa meminta pertolongan daripada orang ramai. Dia akhirnya berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Walaupun pada mulanya ramai yang menganggap tindakannya itu agak keterlaluan kerana sanggup membahayakan nyawa hanya untuk pita pengukur.

Namun dia menjelaskan bahawa pita pengukur tersebut adalah pemberian terakhir mendiang isterinya dan dia telah berjanji kepada isterinya untuk menjaga pita pengukur itu dengan baik.

Teguh betul cinta lelaki ini terhadap teman hidupnya.

Sumber: Mothership

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *